Friday, October 19, 2012

Jalan - Jalan Paris Part 2

25 May 2012 - Jumaat

Yeayyy! Harini masuk Disneyland Paris! Awal-awal da book online ticket dari rumah. Actually da lama aku google cara nak beli online tic ni, pastu terjumpa blog yg baik hati sangat2 sebab tak kedekut ilmu. Terima kasih sangat2 kat blog ni: 

Dia ada bagitau cara2 nak book dan dapat harga lagi murah daripada kalau beli direct kat sana. Tak payah beratur panjang beli tiket pulak tu nak masuk. Settlekan all the payment dari Malaysia, print out the tickets and tunjuk je kat entrance tu. Tapi ada kena letak address kat Europe etc etc. Abang ipar aku yang settlekan pasal tiket ni. Baca la kat blog Travelista tu ye kalau nak tau macammana. 

Kat Disneyland Paris ni ada 2 parks, Walt Disney Studios dengan Disneyland Park. Kitorang beli tiket masuk both parks. Baru best masuk semua. Berbaloi-baloi.hehe. 


Parade

Minnie ni layan budak2 je. Aku ni sebelah mata pon dia taknak pandang. Tunjuk bontot je. Sedih ah cenggini.

Aku nak cerita satu-satu pasal ape aku main dalam tu pon macam panjang sangat. Senang cite semua pon best dan seronok dan happening dan menggembirakan dan blablabla kesimpulannya happy..

Tengok show sambil makan Ben & Jerry's ice cream. Emm sedap2 da la masa tu panas.Memang menyegarkan sampai muka comot tudung senget tapi tak mengapa ihiks
Hebak ahh. Vroom Vroom.

Tengah tunggu nak tengok parade ni. Menantikan kemunculan semua Disney characters oo yeah

Parachute askar2 kecik dalam Toy Story tu. naik turun naik turun. mainan budak2 pon bolee


Aunty Ida bawak Hasya & Syahir naik slinky dog pusing2 ni. Takpe dog yang ni bukan najis mughallazah.

Buzz Lightyear ni hensem wehh. Macho sangat semua pose dia.



Ohoii serius best sangat masuk Hollywood Tower Hotel ni. Kena naik Tower of Terror! Sape da pernah tengok movie Tower of Terror ni mesti faham sikit ape jadahnye benda ni. Tapi serius seronok. Rasa nak naik lagi dan lagi tapi beratur panjang. sobss



Naik studio ni punya tram, pusing2 tengok props yang digunakan untuk filem2 Disney. Macam kereta dalam Toy Story, 101 Dalmations, airplane dalam Armageddon etc. Sambil tengok camane dorang buat air terjun pastu meletup2 la api2 asap2 la macam-macam lagi la.

Ke mana saja kita pergi, solat jangan tinggal. Cari spot sesuai yang agak sunyi dan tersembunyi dan sesuai dengan arah kiblat.
Kakak, Hasya, Syahir and I in front of Sleeping Beauty Castle. 

Tengok la ni, banyak betul stroller budak2. Park kan je kat tempat2 dia so boleh main rides dgn senang hati.


Dah pukul 10lebih malam tau ni. Penat main2, mata pon da mengantuk, so balik hotel naik tren. Esoknye masuk Disneyland lagi!

Thursday, August 23, 2012

Jalan - Jalan Paris. Part 1


23 May 2012 - Rabu
MH20, KUL-CDG

8.30 malam gerak dari rumah naik 2 kereta sebab barang banyak & beg gabak2. Kakak, Abg Rizal, Hasya & Syahir naik kereta dengan mama & baba, aku naik kereta dengan abang. Sampai KLIA tu lepas check in, Hasya & Syahir tukar seluar tidur kasi selesa sikit sebab flight 12 jam. Take-off at 12am, distance 10700km. Dalam flight tu biasalah, tidur & tengok movie & makan. Aku tidur lamaaaaaa
Dalam aerotrain KLIA


24 May 2012 - Bonjour Paris!

Arrived at Charles De Gaulle (CDG) Airport, France at 6.27am.


We planned to take a bath and change our clothes at the toilet since we cannot check into the hotel before noon but the shuttle driver asked us to hurry up siap masuk dalam ladies toilet lagi bising2. Menyirap betul padahal janji dengan driver tu pukul 8am tapi baru 7lebih waktu tu. Tak sempat mandi pon T__T
 Naik shuttle ni sampai Appart Hotel, Serris. Letak luggage dulu dalam stor hotel tu lepas tu keluar jalan2 dulu tak mandi huhu. Hotel tu dekat sangat dengan Val De Europe & La Valle Village. Cuaca pagi tu sejuk lebih kurang 14-16C kot. Val De Europe shopping center ni kat Marne La Valle, about 8 mins walk from our hotel.

Paul. 


Dekat situ ade La Valle Village, Chic Outlet Shopping, factory outlet yang jual barang branded yang da out season dengan harga yang lebih rendah. Ala macam JPO tu tapi tu under Premium Outlets, ni under Chic Outlet Shopping. Sebabkan badan pon masih letih2 so tak lama sangat pon kat situ. Takpe, hari ke-4 nanti pergi situ lagi.  

Da jam 12tengahari, kami balik hotel untuk check-in & rehat2. Kitorang ni kan berlima, ada 2 budak so ambil bilik untuk 3 adults. Kat sana tak bole sumbat2 orang dalam bilik sesuka hati. Nanti tak pasal kena add another room pulak. 

Sambil lepak2 dalam bilik hilangkan letih baru sampai tu, aku tengok tv sambil guna internet. Nasib la wifi free. Tapi channel kat tv semua pon bahasa sana, takde pon yang in English. Memang pasang tv setakat nak ade bunyi & gambar jela, tak faham pon.

Time aku pergi tu kira late spring,early summer camtu. Pagi & malam je sejuk sikit tapi macam air-cond je,siang panas terik. Tapi siang panjang, pukul 9.35pm baru maghrib. So time macam tu sedap la nak jalan, tak rushing sangat untuk bersolat kan. Da siap mandi, solat semua, kami keluar pulak nak naik train pergi Disney Village. Train station pon dekat je dengan hotel. Kira strategic jugak la kawasan tu. 

Train station kat sana tak cantik sangat sebab da lama kot. tak nampak canggih tapi ok je sebab laju. Harga dari Val de Europe ke Disneyland Parc tu 1.75 euro. RER train 2 tingkat. Sampai Disney Village terus batak sebab ye lah, bangunan cantik menarik tertarik sgt colourful & meriah. Terus muncul sifat kebudakan dalam diri ecehh.padahal esoknya baru nak masuk main dalam Disneyland Park. 








Disney Village. Masuk free. Banyak kedai Disney, cafes, restaurants. Ada Planet Hollywood jugak.




Breakdance performance daripada youngsters kat sana. Tak sure ada everyday ke tak. Tapi menarik tengok diorang dance.



Uihh tak sabar nak main2 dalam Disneyland! Kena tunggu hari ke 2 & ke 3!

Saturday, June 9, 2012

Persediaan sebelum melancong


Sebelum pergi Paris tu, aku banyak la google macam2 benda sebagai persiapan mental & fizikal. Ecehh.. Tapi kadang rasa macam tak banyak sangat orang share info sekaligus dari sumber yang sama. Maksudnye kena cari banyak2 blog or website pastu compile sendiri. Yang banyak aku jumpa pon dari forum2 pasal travelling. So aku nak jugaklah share pasal persediaan aku sebelum pergi Paris, harap2 dapat la jugak membantu sesiapa yang tak menyempat-nyempat cam aku ni, kalau boleh nak all in one je semua.

Passport – Wajib lah ada kan. Kena cek bila expiry date dia. Passport is valid until 6 months before the expiry date. Kang tak pasal2 tak bole guna pulak bila dah nak check in, kan naya.

Ticket – Tak kisah la book online ke offline, kena bawak masa nak check in. Kalau beli online jangan lupa print. Masa beli tiket tu, beli la sekali travel insurance dia. In case jadi apa-apa, ada la jugak back up. Apps untuk tiket ni: MHMobile, AirAsia etc.

Baggage – Kena tau luggage limit, kalau MAS 20kg, kalau Air Asia ikut berapa banyak kita bayar. Kat KLIA, untuk hand carry punya limit 7 kg.

Currency Exchange – Hang nak pi mana, hang cek la currency rate awal2. Kena selalu monitor bila rate rendah cepat2 beli. Jangan main terjah je, harus menjadi peka dan alert demi keuntungan poket sendiri. Heho. Tempat murah nak convert duit: Masjid India, Sg. Wang, Mid Valley etc. Tapi kalau jauh, tak perlu lah nak pergi semata-mata tukar duit je, dengan duit minyak tol parking segala, kang jadi lagi banyak kos pulak.

Itinerary – Prepare awal2, agak2 masa & aktiviti semua da cantekkk, tulis elok2 dalam notebook ke, tablet ke, buku ke kertas ke, simpan dalam beg. Usung la kehulu-kehilir pon takpe, janji perjalanan smooth je. Buat dalam excel file, tak pon isi dalam apps TravTracker or mtrips. Tulis tangan pon takde masalah.

Clothing – Nak packing baju memang kadang melecehkan, bagi aku lah. Taktau nak bawak baju apa, berapa helai, takut tak cukup ke tak sesuai ke. Jadi kena la cek cuaca dan suhu tempat kita nak pergi tu. Ala pakcik google kan baik, tanya je banyak2. Nanti kat tempat tu nak shopping baju ke tak, nak basuh baju ke tak, convenient ke tak nak hantar laundry, nak jemur semua. Pastu kalau nak nampak naik dalam gambar, pilih la baju yang macam2 warna, baru berseri.hehe.

Accommodation – Nanti nak tinggal kat mana? Dah confirm belum? Da print apa2 confirmation letter? Da save nombor yang penting? Kena siap siaga lah semua.

Transport – Kena siap plan da dari airport nak pergi hotel naik apa, dari hotel nak gi jalan2 naik apa, kat mana metro or train station yang dekat. Maps memang wajib ada lah. Yang hardcopy and softcopy sekali. Sekarang kan senang je nak download and save maps dalam smartphone or tablet. Ada banyak apps boleh guna. Offmaps, mtrips, Lonely Planet etc. Rajin-rajinkan diri mencari dan mendownload dan menginstall apps macam ni.

Wallet – Tak payah guna yang berambu ramba ke berat ke yang carca merba ke apa. Try mudahkan diri sendiri. Guna yang ada 2 compartment pon cukup. Letak duit yang da diconvert tu. Duit RM beberapa keping dan IC dan gambar simpan dalam bekas lain elok2. Simpan dalam beg yang selamat, kalau bole lock sekali zip beg tu.

Handphone – Kalau guna prepaid, topup da siap2 dari sini. Nanti nak sms senang, takpelah mahal sikit pon, janji maklumat sampai. Simpan nombor telefon embassy , nombor2 lain yang boleh guna bila ada emergency. Battery handphone kasi fully charged lah. Bawak charger, jangan lupa.

Language – Nak pergi France, at least tau la sebut Bonjour, Bonsoir, Merci, Au Revoir etc. Nak pergi Korea kena la tau jugak Annyeonghaseyo, kamsahamnida etc. Perkataan yang basic je untuk penggunaan seharian. Takdelah blur bila orang lain sebut kat kita. Bukan tau eja je,sebutan tu kena tau sekali.hehe. Apps yang bole guna contohnya Lonely Planet. Isy aku asyik promote Lonely Planet je, da tu memang best nak buat camne.

Food & Beverages – Ikut selera perut, ikut kemampuan, ikut kerajinan mencari tempat. As a muslim, mesti kena cari yang halal. Zabihan.com pasti dapat membantu. Tapi kalau tak nak guna sangat duit untuk cari makan kat tempat tu, bawak je banyak2 bekal. Makanan wajib kalau aku travel mesti ade maggi, snickers, milo, air ribena, choc bar, energy bar etc. Saja pilih yang memberi tenaga supaya sihat dan kuat! Tapi travel orang2 muda dan single memang beza dengan yang berkeluarga, kena ikut la keperluan. Serunding, tuna, roti pon sodapp..

Medicine – Panadol, Balm, Salonpas, plaster, ubat semput ke pil cikiteon ke bawak la jugak untuk kegunaan saat2 kecemasan. Salonpas tu sedap tampal time2 lenguh, walaupun tak menyembuhkan tapi dapat melegakan. Vitamin C, Kalsium magnesium ke apa2 supplement bawak lah jugak. Tapi kalau bole minimumkan bekas,guna yang kecik dan cukup2 kuantiti sepanjang kita travel je.

Penjagaan diri – Kalau pergi tempat sejuk, moisturizer & lip balm sangat penting, tempat panas pulak sunblock tu keperluan utama. Cleanser, berus gigi, sabun & segala toiletries tu depends la,kalau cam stay kat hotel dapat la jugak kan,kalau tak kena angkut sendiri la. Eh, wet tissue sangat penting jugaaa..macam patut letak awal2 tapi malas da nak susun. Wet tissue untuk kat toilet yang takde paip, kalau ada botol kosong lagi senang, masuk toilet isi air penuh2 lepastu guna. Lagi selesa. Tapi wet tissue tetap kena ada, facial tissue pon kena simpan gak dalam beg.

Solat & Ibadat - Walau kemana pun kita pergi, solat jangan tinggal. Untuk perempuan, bawak lah telekung yg boleh gumpal2 yang muat isi dlm beg kecik tu,senang angkut mana2. Sejadah bawak yang nipis pon cukup,senang simpan & ringan. Sarung bantal pon boleh asalkan bersih. Kompas kiblat kena ada, yang kotak kecik kaler hijau tu RM10 je, banyak jual kat mane2. Takpon guna apps contohnya iPray, waktu solat sekali ada. Boleh jugak download siap2 waktu solat dari internet. 

Lain2 yang penting jugak – Travel adapter, kalau boleh beli all in one, pastu simpan elok2 jangan kasi sepah2 sebab memang keperluan, jam tangan, camera, sunglasses, cap/hat, pashmina & socks kalau sejuk, payung, raincoat, beg kecik boleh lipat2 sebagai spare, Tupperware lipat sebab senang simpan dalam beg. 



Da siap sedia sume, boleh la berlepas.. Eh tapi ni gambar masa nak berlepas pulang da..

p/s:  Aku mungkin akan update ni from time to time sebab biasalah, aku pon tak ingat semua sekaligus. 

Ambil mood..fuh fuh


Assalamualaikum

Lambat betul nak ada mood tulis cerita jalan2 ni. Almaklumlah dah lama tak jalan jauh2, last pergi oversea pon masa Januari 2011, pergi korea dengan Nana & Auni, my sisters. Aku tulis kisah jalan2 ni pon sebab nak jadi kenangan kat diri sendiri, sambil2 tu dapat jadi panduan jugak kat siapa2 yang nak tau info. Tapi aku sedar bila ramai yang email aku mintak info semua, lepas aku korek2 godek2 laptop aku cari balik info yang dorang mintak, aku reply email semua pastu dorang takde pon nak cakap thank you. Sikit je yang baik hati cakap terima kasih sebab sudi share, pastu ada yang da balik jalan2 jugak cakap info aku bagi tu membantu dorang. Ha yang macam tu ok la kan. Yang lain tu, at least cakap la thanks kan sebab aku bukannye takde kerja lain, aku busy jugak tau. Nak godek2 info dlm laptop aku ni takes time jugak.huhu. Bagi la rasa dihargai sikit.. J


So lepas ni, kalau nak email aku tanya ape2 tu aku memang tak kesah, aku ok je nak reply semua cuma bagi la salam lepas tu cakap la terima kasih. Berbudi bahasa budaya kita kan. Hehe.






p/s: Alaa, keluar negara bukan bermaksud tak sayang negara tapi sebab nak tengok negara orang, tempat orang supaya boleh amek kelebihan dan ilmu dari sana dan apply kat tempat sendiri. Tak gitu? Hehe. Ambil gambar posing sana sini tu sampingan je kekeke^^


Thursday, June 7, 2012

Wordless Wednesday




*Kisah le tour de Paris will be posted later...