Friday, October 26, 2012

Jalan - Jalan Paris. Part 5

28 May 2012 - Isnin

Hari Kelima

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang da ada kat kota fesyen, biar shopping la sikit-sikit2. hehehe.

Sebut betul-betul. 'Peghontomps' lebih kurang gini la bunyi dia.haha. Shopping mall ni besar, ada wifi free lagi. Dalam ni ada semua butik best2. LV, Gucci, Prada, Chanel, Longchamp, Hermes, etc. Banyak ni nak beli, dengan yang orang order lagi. Harga beza lah daripada kat Malaysia, jauh lagi murah. Malaysia ni tax da mencekik. 



Beli sendiri tapi jadi hak milik orang lain jugak. Aku mana mampu lagi nak pakai hikhik.

Memang sakan la kat dalam mall tu, Aku pulak baru nak belajar masuk butik-butik camni. Teman kakak beli barang. Pilih barang mostly bagsss la. SA semua layan baik2 je sebab memang nak beli. Bagi orange juice la, coffee la. Keluar mana2 butik dengan penuh tangan. Perasan orang kaya sekejap. Bila bayar pon cashier tu tengok umur 23 tahun macam wahh kagum padahal dia taktau aku beli banyak2 ni untuk Butik HS customers hahah. Konon2 merasa la kejap aku pakai beg Chanel, Prada semua tu. Tapi aku tengok memang harga kat sana murah la daripada sini. Longchamp tu da macam beg basahan orang sana sangat. 

Lunch tu makan kat McDonalds je. Beli 4 fillet-o-fish. Tapi harga kalau convert mak aihhh mahal bebenor. 


Total 20 euros, harga dalam RM80 lebih. Tapi abg rizal belanja, Thanks.


 Dah makan, sambung lagi shopping kat La Fayette pulak. Cantik woo Galleria La Fayette ni. Kubah atas tu lawa, lif pon lawa. Sejarah dia korang google lah sendiri hihi.


Lepas shopping, pergi collect VAT tax refund kat counter bawah. Jangan lupa claim sebab nanti kat airport tunjuk receipt tu boleh dapat cash. Benda2 tu banyak cite kat macam2 website so google it if you wanna know more! :)

Jalan - Jalan Paris. Part 4

27 May 2012 - Ahad

Hari Keempat

Harini dah nak check out dari Appart Hotel, Serris. Tapi sebabkan hotel ni dekat dengan La Vallee Village, so kitorang pagi2 lagi dah jalan kaki pergi situ. Kat Paris biasanya malls tutup hari Ahad tapi factory outlet yang ni bukak je. Tak mungkin la nak lepaskan peluang untuk shopping kat situ kan. 

*Ni satu gambar google*


Kat situ ada playground. Sementara kaum wanita shopping, si bapak boleh jaga anak kat playground and bila turn laki pulak nak shopping,mak pulak jaga.hihi sepakat membawa berkat.

Da siap beli2 barang, aku & abg rizal pergi balik hotel ambil semua beg yang da simpan dalam stor lepas check-out tadi. Kakak pulak tunggu kat kedai dekat2 metro station dengan Hasya & Syahir. Fuh Fuhh saiz beg kitorang da la besar gabak, berat pulak tu. Tapi sebab da compare harga naik taxi dengan naik tren, jauh gila beza. mahal sangat naik taxi nak ke hotel lagi satu tu so we decided untuk kerah tenaga masing2. Keras tangan aku lepas angkat beg2 tau, muscle semua timbul dah.

 Penat ni. Aku angkut 2 trolley bags dengan bagpack berat dgn ada dslr kat bahu, abang rizal angkut 2 trolley bags 'gergasi', kakak tolak stroller sambil jaga Hasya & Syahir. Syukur la dapat duduk dalam tren tu...

 Contohi la Hasya ni, dia gi jalan-jalan bawak buku tau. Baca dalam tren ni. Buku tu pasal jalan-jalan Paris jugak. Kalau orang tanya pasal Eiffel Tower, dia bole cerita Eiffel Tower tu berapa meter, berapa tingkat semua. Btw, she's 8 y/o.


Sebabkan metro kat Paris ni berselirat sangat peta dia, aku susah nak ingat nama and tak dapat nak share nama station ke station yang kitorang naik. Ikut je peta. Tapi untungla ada abang Rizal yang da banyak kali pergi Paris so dia da tau mana station nak turun semua. Aku ada la tulis sikit2 kat note book tapi tak complete pulak.

Dah sampai kat hotel lagi satu untuk kitorang tidur 4 malam. Appart City Hotel, memang dekat tengah bandar Paris, dekat dengan train station, dekat dengan supermarket, senang cite very convenient. Harga jangan tanya sebab aku tak tau.hehe.

Berehat sekejap melepaskan lelah kat bilik, petang tu pulak kitorang naik tren pergi Eiffel Tower! Ok ni first time untuk aku so kasi can la nak excited kan...

Ha ini la rupa Mr. Gustave Eiffel yang design tower ni. FYI, he's an engineer. Kat level atas sekali tu ada dia punya small apartment.

Masa dekat bawah tower tu, tetiba dengar lagu2 choir. Rancak jugak la. Rupanya ada choir performance kat situ. Tak tau la kebetulan ataupun hari-hari ada. Masa tu hari dah nak gelap. Lepas habis dorang nyanyi, terus lampu Eiffel menyala. Siap berkelip-kelip lagi. Cantikssssss!



 Try ambil gambar sendiri guna ipod je. 


Ni lampu tengah berkelip-kelip. Malam la yang cantik kat situ. siang tak menarik sangat. Tapi banyakkkk gambar ambil kat Eiffel Tower tu. Nak romantik2 tapi takde pasangan pulak so buat pose manja2 peluk cium dengan Hasya je la.hehehe

Dekat padang luas depan tower tu. Ramai orang melepak, berkelah, ambil2 gambar. Ramai jual keychain eiffel tower dengan beers. Sempat sembang2 dengan beberapa orang student Malaysia kat Jordan, diorang nampak Elfira Loy, Randy Pangalila, Hanez Suraya, Rizman Khuzaimi tengah shooting untuk cerita 'Dalam Hati Ada Taman'. Tapi kitorang tak sempat jumpa pon..

Malam tu tak lama sangat keluar sebab badan letih2 lagi. Baik balik hotel, tidur cukup so esoknya jadi segar bugar & bertenaga untuk pergi jalan tempat lain pulak.


Jalan - Jalan Paris Part 3

26 May 2012 - Sabtu

Hari Ketiga.
Disneyland lagi.. Beli tiket masuk untuk 2 hari. So ini last day. Tapi, aaaaaaaaa ramainye orang sebab hari Sabtu. Lautan manusia kat entrance tu. Sabo jela. Ambil map & kena atur strategi nak naik rides ape dulu, nak tengok attractions mane dulu.

Sleeping Beauty Castle, Disneyland Paris.


 Ni la rupa tiket tu. Haha ni sebab print sendiri je lepas da settle beli online. Nak masuk kat entrance tu cuma scan kat bar code tu. Senang dan cepat kan.


Masa ni Disneyland Paris tengah sambut anniversary ke 20. Means dari 1992 lagi Disneyland situ da bukak.
1992 aku baru 3 tahun heho.





FYI castle tu boleh naik atas. Tak macam kat Disneyland Hong Kong sebab situ kecik sikit. Kat atas castle ni ade macam gambar2 and props yg guna dalam movie e.g. mesin jahit yg cucuk jari Sleeping Beauty tu. 

Bekalan makanan yang diseludup masuk. Ala ada budak-budak ni kan kena la prepare makanan sikit. Takyah la ikut rules membuta tuli hikhik. Tapi kena pandai2 sorok la sebab beg kena cek before masuk Disneyland. Ada nampak je org2 yg kena surrender bekal makanan dia sebab bawak mcm nasi2 kuah2 gitu. Kitorg bawak pon cm biskut2, chocs, instant mee n bubur je. 


 Budak kecik nak naik merry go round, si makcik pon nak naik jugak. lantak je asalkan tak runtuh lol

Tengok tu. 75minit kena tunggu nak jumpa Princess. Tapi sebab memang nak ambil gambar jugak, so gagahkan diri je beratur.


Mirror mirror on the wall, Who's the fairest of them all? 
Serius cermin ni ajaib.Kejap jadi cermin kejap kua witch ni sambil cakap and marah berapi-api.

Ingatke dapat jumpa semua princesses, sekali dapat satu je. Ikut nasib kita beratur tu sampai turn kat princess mana. Kitorang dapat ngan Sleeping Beauty je. Nak Snow White.......




Beratur panjang jugak nak ambil gambar dengan Mickey Mouse. Happy la dapat jumpa Mickey cuma geram dengan orang yg jaga kat situ sebab ambil gambar aku dengan Mickey tak elok.Hampeh tul. Da la semalam tu Minnie sombong ngan aku. Nasib Mickey ni best hihi.

Syahir ni sedap je tidur kat stroller. Tak aci tul.hehe




 Dengan pirate yang kelakar. Pandai mendalami watak. Menjadi sangat!

 Focus kat topi je. Actually aku guna topi yang beli masa kat Disneyland Hong Kong dulu.Memang bawak siap2 sebab tau kalau tak bawak mesti terasa nak beli yang baru.Tapi mahal sangat weh.. Hasya tu pakai topi Minnie baru beli kat Disneyland Paris.




Syahir aka Woody yang happy!

Dekat "It's A Small World". Naik boat yg keliling small world ni. Sangat comelllss semua dolls yg pakai costume dari semua negara.

Ok ni dekat Autopia. Kids pon boleh driving kat sini, takyah lesen,accident pon takyah risau.hahah. Syahir pon drive kereta sendiri tau kat sini tapi daddy duk sebelah.Hasya pon drive tapi mummy duk sebelah Aku je forever alone main sorang2 lol.


Parade. Everyday memang ada parade ni. Waktu ni la boleh nampak lautan manusia kat situ, kena jaga2 budak kecik takut tercicir sebab ramai sangat orang. Boleh ambil gambar semua characters cantik2!

Antara rides terakhir yg naik. Naik dengan Abg Rizal je sebab ni macam lanun2 punya,underground gitu. Tapi seronok, ade splash splash jugak.

Dah malam..lepas tengok fireworks yang sangat awesome tu, dekat kul 11 malam jugak la baru balik. serious penat tapi enjoy! hmm lepas ni nak gi Disneyworld pulak hahaha ade hati lagi tu. 

Esok (Day 4)- Pindah hotel kat tengah2 bandar Paris pulak.


p/s: semua gambar dari camera sendiri so jangan cilok2 :)