Friday, March 11, 2011

Matta Fair 2011

Assalamualaikum...

Tadi pergi Matta Fair ngan Najat & Atiq. Matta Fair Kuala Lumpur 2011 ni buat kat PWTC, 11-13 March 2011. Kalau2 ada yang tak familiar ngan Matta Fair ni, bukak jela website dia yer..bacalah sendiri hoho: http://www.mattafair.org.my/


First time naik taxi dari sec.9 shah alam sampai kl sentral terus. pakcik taxi tu la boleh pulak tak tau jalan nak pergi ktm sec.19 so dia kata alang2 dia nak hantar sampai pwtc terus & dia charge rm20 je. tapi sebabkan hujan so jalan memang jem so dia dropkan kat kl sentral je,bayar kat dia rm18. kat meter taxi tu pon da tulis 30ringgit lebih. ok la kan daripada nak tunggu komuter n berhimpit dalam tu..


Ramainyaaa umat manusia dekat PWTC tu walaupun hari Jumaat.hmm Sabtu Ahad ni confirm lahh penuh gila.nak masuk kat Matta Fair tu kena bayar RM3 sorang,pastu dapat satu bag n entrance pass untuk lilit kat tangan.


Juling-juling biji mata tengok banyak sangat booth promote itu ini untuk pergi holiday sana sini. Ada 3 hall semua untuk travel fair ni tau. Aku yang buat masa ni takde plan nak jalan mana2 da untuk tahun ni pon jadi pening-pening lalat,macam takde arah tuju nak lalu jalan mana celah mana.tengok booth cantik sikit baru singgah.pastu sepanjang jalan tu exhibitors sibuk bagi brochure, tangan kiri kanan pon duk ambik n terus masuk dalam bag.


Sebenarnye tujuan utama nak pergi ni sebab nak kumpul goodies.hoho salah niat la,tula jadi tak banyak sangat hasil kutipan. tapi yang paling suka,dapat mouse yang superb cute from singapore airlines.sayang pulak nak guna. pastu jawab questionnaire dari booth korea,dapat lah phone accessories yang comel lotte...


Ok sape2 yang nak/suka/teringin melancong mana2 tu, sesuai lah jenguk2 usha2 kasi cuci mata kat Matta Fair ni..

Colour Your Life...TRAVEL!

Saturday, March 5, 2011

Jom pi air terjun!

Picnic @ Ulu Cepor, Perak

Pagi yang hening, 26 Feb 2011...
Idea dicetuskan encik capik seminggu sebelum tu. automatically capik la jadi penganjurnye...semangat wat tentative, task setiap orang, kumpul duit RM15 sorang.
Min n Najat siap2 masak spaghetti, Capik siapkan nasi n barang2 untuk bbq ayam, Bella siapkan sandwich. Pastu kul11 pagi, bertolak naik 2 kereta, 8 orang semua..
(Min, Najat, Capik, Fahmi, Azhari, Bella, Dayang, Poji)

Perjalanan dari UTP to Ulu Cepor dalam sejam la jugak.
Nak masuk kawasan air terjun ni, satu kereta kena bayar RM2.

Mula2 siapkan barang2 utk bbq dulu..bakar arang pon ambil masa dekat setengah jam. Nasib la capik n fahmi tu cekal dan tabah.. menjadi gak la ayam bbq kitorang.

Sambil2 fahmi bakar ayam tu, min najat n capik main air dlu..sejukkkkk

semangat pak cik ni. harapan bangsa untuk panggang ayam

ni pulak pak cik penganjur..sedap tidur dalam air sejuk kot
Kereta azhari sampai lambat. bila sampai je terus serbu makanan. kebulur semua~

Da kenyang2, main air lagi..
Fahmi terpengaruh family outing lagi..main rock stacking neh. sape yang jatuhkan batu kena simbah air kaw2 punye~


Ni Dayang. dia masih single.hehehe

Kitorang main game macam dalam Running Man tu. ala yang macam dalam ep.27 tu, beratur satu group pastu lukis gambar,orang depan sekali kena teka tu gambar ape..huhu. Satu lagi game yang kena teka ape tulis kat kertas, sorang kena wat gaya macam dalam episod yang ade yuri tu hohoho~


Ok.kesimpulannye, best
Sape nak pergi jalan2 mane2 ajak la eh.

Tuesday, March 1, 2011

Oh Magika~

Selamat Datang bulan Mac..
auww cepatnyeee...

Tadi baru tengok cite Magika..
hahaha orang lain da lama tengok kan
Dulu masa intern tu tak rajin tengok movie, yang tengok pon Toy Story 3 ngan Narnia je..

Tiba2 da suka Diana Danielle.
Ok semangat gile aku gi google si Diana ni miahahaha sungguh gay sekali.