Monday, April 16, 2012

Aiskrim buatan sendiri

Home made ice cream. Lazat berkrim disukai ramai. Ohoiii sangat senang nak buat rupenye.

Kalau tak ternampak resepi aiskrim dalam buku resepi yang Nana beli tu memang tak terfikir langsung nak try buat ni. Memang tak ah! sebab ingat ke leceh. Rupenye budak 8 tahun pon bole buat sendiri. heho~

Setakat ni da 2 kali buat. Alhamdulillah masa first attempt pon da menjadi. Tapi aku tak ikut guna resepi dalam buku sebab kena guna double cream lah, telur sekali lah..so aku cari resepi yang termudah di dunia. godek punya godek, jumpa resepi nak buat aiskrim guna 2 bahan je..

Coffeemate Creamer
Susu

Serious wa tak tipu. 2 bahan ini sahaja. Untuk perisa susu lah. hehehe. Kalau nak buat rasa lain, pandai2 la tambah sendiri. Cam aku, first time tu terus buat 4 perisa. Vanilla, Choc, Strawberry & Coffee. Satu bekas tu terus buat 3 layers. Kaler macam aiskrim neopolitan tu.

Letak besar sikit kasi teghanggg. Strawberry, Vanilla, Choc (actually guna Milo je)

Ni cara nak buat dia. Aku kasi contoh untuk perasa Vanilla la eh.
1 cup of creamer (Coffeemate)
1 cup of milk (tak kisah la full cream ke low fat ke fresh milk ke)
2 tsp vanilla essence
Ratio creamer & milk tu kena sama, 1:1

*Kalau nak buat perasa lain, boleh guna susu strawberry ke, chocolate ke, milo ke.
*Cam aku buat perasa coffee tu, just guna Nescafe 3 in 1 je. hehe. bancuh kasi sedap dulu.

1. Blend coffeemate + milk. Guna blender je.
2. Tuang dalam bekas. Asing2 tau jangan campur lagi perasa lain. Bekukan.
3. Da nak beku tu, hancurkan guna fork and then blend balik guna mixer. Ni untuk pecahkan ice crystal, kasi smooth je ice cream tu nanti.
4. Tuang dalam bekas balik.

For layering, mula-mula aku letak satu layer dulu, pastu bekukan, then letak lagi satu layer, bekukan, letak lagi satu layer, bekukan. Cenggitu lah. Kalau nak laaaagi smooth and silky(?) boleh la rajinkan diri ulang2 step 3 and 4 tu. Guna mixer lagi senang sebab mmg pantas dan tangkas, tapi kalau nak build muscle kat tangan boleh la guna fork je hancur2 kan or guna pemukul telur yang besi tu.

Eh, yang ala2 neopolitan tu 2 minggu lepas aku buat, Ni kelmarin aku ada buat lagi satu, perasa oreo pulak. Buat 2 layers, bawah tu milo tapi nipis je, atas tu oreo.


Gambar2 memang la buruk sebab cuma guna ipod, tapi don't judge the taste of the ice cream by its pictures okayy. hehehe. Ohhh by the way, aku saje lapik bekas tu guna plastic sebab plan asal nak terbalikkan ice cream tu pastu potong guna pisau ala2 kek sekali kerasss sangat pulak susa nak tarik. Tapi ok jugak ada lapik sebab aku potong guna pisau,so takdela calar or terkerat bekas tu.

Perasa oreo ni pon lebih kurang sama je cara nak buat. Aku buat perasa vanilla, pastu blend skali dengan oreo. Tapi kaler dia jadi cm kelabu la pulak, tak lawa sangat. Rasanya nak nampak menarik tak yah blend sekali kot, just buat perasa vanilla, lepas da nak last step tu baru patah2 kan oreo betul2 baru campur. Mungkin lagi nice kot kaler putih, macam ice cream Walls yang cookies & cream tu.

Ok aku memang suka tulis panjang lebar berjela padahal resepi aiskrim termudah di dunia je kot. Dah la. Selamat mencuba. Babai.

Thursday, April 5, 2012

Sape nak jalan-jalan?

Assalamualaikum

Korang ada plan nak pergi holiday? dalam Malaysia ke luar Malaysia? nak buat umrah & ziarah?
Haaa ni ada aku nak cite pasal satu travel agency ni.

Tareeq Aljannah Travel & Education Sdn. Bhd. (TAJ)



Situ ada banyak pakej korang boleh pilih. Kalau umrah & ziarah punya,ada banyak program dia yang korang boleh consider. Siap ada yg untuk remaja je pastu ada include sekali ngan modul2 yg berguna.

Sekarang ramai nak pergi korea kan, bole jugak pilih pakej korea. Pilih la ikut kesesuaian, nak 5 hari ke 7 hari ke ape2 ke. Aku tengok dia punye itinerary tu, lebih kurang je macam tempat2 yang aku pergi dulu tapi lagi best sbb ade yang include Jeju Island! dulu tak berkesempatan aku gi situ sebab aku ada kawan yang jadi tour guide so jalan2 sekitar Seoul je. Jeju-do tu da la tempat cantik, siap termasuk dalam "Wonder of the Natural World" and UNESCO World Heritage Site. Kalau pergi ramai2 satu geng mesti syok!

Kalau nak pergi Hong Kong ke, China, Cambodia, Vietnam, Singapore, Indonesia, boleh jugak tengok2 pakej yg TAJ ni sediakan. Ini semua sesuai sangat lah untuk Muslim sbb dia akan carikan tempat makan halal. Tempat2 yang dia bawak pon sume yang popular.

Biasanya orang tak nak guna travel agency sebab mungkin pricey, pastu kurang adventure. Tapi if orang yang da well-planned and memang adventurous or maybe ade kenal orang kat tempat tu okay la tak gune agent pon. Kalau plan pon da last minute,tapi nak pergi sangat2, boleh la amek pakej dari travel agency. Diorang settlekan terus untuk korang. Just pergi dan nikmatilah percutian tu sambil hayati keindahan ciptaan Tuhan :)

Bagi aku sendiri, memang aku belum pernah lagi amik full package dari travel agency tapi aku pernah gune package untuk ground arrangement mase pergi Hong Kong tu. Ground arrangement ni macam dia sediakan bas dari airport sampai hotel, hotel sampai Disneyland Hong Kong, pastu last day bas amek dari hotel ke airport balik. Termasuk sekali half-day tour naik bas sekitar tempat2 famous kat Hong Kong Island. Walaupon amek pakej tu, tapi pengalaman jalan2 aku yang paling mencabar kat Hong Kong lah! sebab aku pergi berdua je ngan kakak aku, Nana. Lepas bas tu dropkan kat hotel, terus kitorang berdikari jalan2 sekitar Tsim Sha Tsui, Kowloon, HK Island beberapa hari guna map je sorang satu.Cari makan tempat halal sendiri, cari tempat shopping sendiri,  cari masjid sendiri, balik hotel sendiri. Basah kuyup sbb hujan, sesat, lapar pon redah je sbb kate nak adventure kann.hehe. So memang tak rasa rugi langsung amek pakej ground arrangement tu.

Sape2 plan nak pergi umrah & ziarah dengan family, sanak saudara ke, kawan2 ke, bole la tanya2 kat TAJ ni ye.Untuk dapat info or tanya ape2, boleh email aku dulu. cikminn@gmail.com


Kalau da pakat nak pergi holiday, dalam Semenanjung Malaysia ke, Sabah Sarawak ke, Indonesia, Singapore, Cambodia, Vietnam, Korea, China, 2-3 orang ke, ramai2 satu bas ke, bole email aku dulu, pastu aku tolong arrange sekali kat TAJ ni.

Email je kat cikminn@gmail.com. Thanks! :)


Wednesday, April 4, 2012

Snowalk kat Icity

Assalamualaikum
Last week aku pergi masuk Snowalk. First time masuk walaupun da beberapa kali pergi I-city. Masa zaman entrance fee RM2 lagi. Tapi sebab sebelum2 ni masuk pon malam, weekend pulak tuh, memang sentiasa ramai je orang. Kali ni pergi hari Selasa, tengahari pulak, memang sikittt sangat orang so suka hati buat macam tempat tu kami yang punyaaa..


Pergi berlima, dengan Najat & adik dia sekali. Lagi 2 orang tu kawan2 adik dia. Sebabkan masuk before pukul 6, dapat harga RM25 sorang. After 6pm da lain harga, RM30 ke 35 entahla tak ingat pulak. Tapi yang tau dulu masa kakak masuk harga lagi murah huhuh la ni semua naik harga aihh.. Harga tiket tu sekali dengan jacket. Tapi jacket ada yang buruk2, worn out and tak boleh butang da haha pandai2 la pilih yang elok. Locker ada kat situ, bayar RM2 tapi takde hal pon nak bawak masuk beg & kamera sume. Ha yang memang nice nye sini, bole amek je gambar sesuka hati.


Kalau memang da plan nak masuk Snowalk ni, better siap2 pakai shoes and socks la pastu kalau rasa2 nak main lama bawak la jugak glove. Masa kitorang masuk tu ada satu group orang tuh pakai hot pants dengan selipar je alahai tak kena tempat betul la kan da membazir dorang masuk kejapppp sangat. Suhu dalam tu -5°C. mungkin macam lek-lek je kot kat orang yang biase gi tempat winter tapi jangan over confident sangat la pulak hehe. Aku pakai t-shirt, jeans, shoes n socks pastu bawak gak glove so mampu bertahan lebih kurang 2 jam kat dalam tu tanpa keluar langsung hikhik. Ni yang best bile pergi masa weekdays takde orang sangat so boleh main slide & sled banyak2 kali.
Ini seronok. Sile mintak pekerja situ tolak secara extreme dan main la beberapa kali sebab best.


 Sled track. panjang jugak kan. Turun pastu naik balik pastu turun sampai gedegang gedegung baru stop. Keluar dari kawasan tu kena naik tangga sendiri.

 Buruk da sled macam kasut ni . Sebabkan aku 'besar' maka naik sorang. Yang lain naik berdua. Tapi macam lagi best naik sorang je, laju je meluncur sampai tinggi naik atas pastu turun balik heheh.

Ni slide biase je tapi main banyak kali sebab lajuu

Ni pulak 'slide serba salah'. nak slide ke tak nak slide.haha. Untuk budak kecik. Kot

Kat dalam tu ada jugak photographer yang main snap2 gambar. Dorang pon cakap 'korang ni tak sejuk ke masuk lame sangat..' kekeke saje je nak mem'berbaloi'kan duit RM25 kan baru puas hati. Cuma kat situ takde pon snow turun, banyak ukiran ais je. Kat lantai ade ais untuk ABC, keras tak smooth ecehh da kate Malaysia ni negara khatulistiwa kan manede real snow. Tapi cantik la bentuk2 kat dalam tu, ade igloo jambatan rumah penguin zebra polar bear kambing gurun snowman burung2 pokok2 general dari china pon ade. 

 Ini BUKAN general dari china.

Kalau jadi goalkeeper ni confirm hebakk takde bola boleh tembus



Tak tau la nak kate Najat berjaya menyamar jadi penguin ke tak

Lompat banyak kali dan syukur Alhamdulillah tak runtuh

Bila da puas baru boleh keluar. Banyakkk gambar kitorang yg photographer situ amek tapi of course la kena bayar. Bole pilih nak cuci 8R (RM35)  ke print kat mug (tak ingat harga) ke masuk dalam pendrive (RM85) ke suka hati anda la tapi cuba la gune kebijaksanaan anda untuk dapat sume gambar secara free macam kami hikhik. Yang penting cara nak dapat tu kena halal dan berhemah heheh.

Lepas ber'Snowalk', lepak minum2 kat Old Town situ. Hazelnut White Coffee memang terbaik! All-time favourite hehehe

p/s: Parking fee cuma RM1. Kalau masuk after 6pm RM10. Untung kan. Tapi masuk siang memang jangan harap nak tengok lampu2 cantik kat situ la