Monday, April 16, 2012

Aiskrim buatan sendiri

Home made ice cream. Lazat berkrim disukai ramai. Ohoiii sangat senang nak buat rupenye.

Kalau tak ternampak resepi aiskrim dalam buku resepi yang Nana beli tu memang tak terfikir langsung nak try buat ni. Memang tak ah! sebab ingat ke leceh. Rupenye budak 8 tahun pon bole buat sendiri. heho~

Setakat ni da 2 kali buat. Alhamdulillah masa first attempt pon da menjadi. Tapi aku tak ikut guna resepi dalam buku sebab kena guna double cream lah, telur sekali lah..so aku cari resepi yang termudah di dunia. godek punya godek, jumpa resepi nak buat aiskrim guna 2 bahan je..

Coffeemate Creamer
Susu

Serious wa tak tipu. 2 bahan ini sahaja. Untuk perisa susu lah. hehehe. Kalau nak buat rasa lain, pandai2 la tambah sendiri. Cam aku, first time tu terus buat 4 perisa. Vanilla, Choc, Strawberry & Coffee. Satu bekas tu terus buat 3 layers. Kaler macam aiskrim neopolitan tu.

Letak besar sikit kasi teghanggg. Strawberry, Vanilla, Choc (actually guna Milo je)

Ni cara nak buat dia. Aku kasi contoh untuk perasa Vanilla la eh.
1 cup of creamer (Coffeemate)
1 cup of milk (tak kisah la full cream ke low fat ke fresh milk ke)
2 tsp vanilla essence
Ratio creamer & milk tu kena sama, 1:1

*Kalau nak buat perasa lain, boleh guna susu strawberry ke, chocolate ke, milo ke.
*Cam aku buat perasa coffee tu, just guna Nescafe 3 in 1 je. hehe. bancuh kasi sedap dulu.

1. Blend coffeemate + milk. Guna blender je.
2. Tuang dalam bekas. Asing2 tau jangan campur lagi perasa lain. Bekukan.
3. Da nak beku tu, hancurkan guna fork and then blend balik guna mixer. Ni untuk pecahkan ice crystal, kasi smooth je ice cream tu nanti.
4. Tuang dalam bekas balik.

For layering, mula-mula aku letak satu layer dulu, pastu bekukan, then letak lagi satu layer, bekukan, letak lagi satu layer, bekukan. Cenggitu lah. Kalau nak laaaagi smooth and silky(?) boleh la rajinkan diri ulang2 step 3 and 4 tu. Guna mixer lagi senang sebab mmg pantas dan tangkas, tapi kalau nak build muscle kat tangan boleh la guna fork je hancur2 kan or guna pemukul telur yang besi tu.

Eh, yang ala2 neopolitan tu 2 minggu lepas aku buat, Ni kelmarin aku ada buat lagi satu, perasa oreo pulak. Buat 2 layers, bawah tu milo tapi nipis je, atas tu oreo.


Gambar2 memang la buruk sebab cuma guna ipod, tapi don't judge the taste of the ice cream by its pictures okayy. hehehe. Ohhh by the way, aku saje lapik bekas tu guna plastic sebab plan asal nak terbalikkan ice cream tu pastu potong guna pisau ala2 kek sekali kerasss sangat pulak susa nak tarik. Tapi ok jugak ada lapik sebab aku potong guna pisau,so takdela calar or terkerat bekas tu.

Perasa oreo ni pon lebih kurang sama je cara nak buat. Aku buat perasa vanilla, pastu blend skali dengan oreo. Tapi kaler dia jadi cm kelabu la pulak, tak lawa sangat. Rasanya nak nampak menarik tak yah blend sekali kot, just buat perasa vanilla, lepas da nak last step tu baru patah2 kan oreo betul2 baru campur. Mungkin lagi nice kot kaler putih, macam ice cream Walls yang cookies & cream tu.

Ok aku memang suka tulis panjang lebar berjela padahal resepi aiskrim termudah di dunia je kot. Dah la. Selamat mencuba. Babai.

12 comments:

wawi said...

sedapnya tengok ais krim min buat petang2 hujung minggu ni~

atie liyana said...

klau aiskrim coconut..?
pada pndapat adk dlm png nie da satu tmpt aiskrim bt sndri kot..
siam express,iaitu ais krim coconut..
bley kew rsa akk adk bt mcm adk inginkn nie..??hehe..tnya akk je..
klau da fb,bley bls kt fb adk..
email dik yatiescoot@yahoo.com.
salam akk asmy..

atie liyana said...

uhuhuh

cikminn said...

for coconut icecream, cmpur creamer, susu & air kelapa+isi kelapa je. pastu blend.step sama je mcm yg lain2. mesti sedap

Anonymous said...

kos buatnye camne ea? agak2 lagi mahal ke lagi murah buat sndri dari membeli?

Anonymous said...

gula xpyh taruk ke?

cikminn said...

kos nak buat tu depends la ingredients ape lagi yg tambah.kalau letak buah strawberi ke choc ke mahal la skit.bole adjust je nak jadikan mahal ke murah.hehe.

cikminn said...

gula tak payah taruk pon. susu tu kan da manis2 gitu.bagus kan. hehehe

Anonymous said...

pakai creamer and campur any flavor yang kita suka jer?kalau coklat.buat air mio siap-soap yer?

Anonymous said...

1 cup of creamer tu..creamer yg serbuk dan belum dibancuh ye??

cikminn said...

yep pakai creamer n apa2 flavour je pon.choc tu nak guna air milo ok, susu choc pon ok. tp make sure ratio 1:1, sama banyak

cikminn said...

1 cup of creamer yg serbuk tu.tak payah bancuh pon creamer, just mix dgn susu+any flavour pastu blend. sonang kan