Showing posts with label dear diary. Show all posts
Showing posts with label dear diary. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

April

Assalamualaikum

April has always been my favourite month of the year. Nama & bunyi April pon sedap, starts with A, bulan kelahiran aku some more.haha. But tahun ni bulan 4 haritu membawa episod suka dan duka dalam hidup aku. cewahh

Nenek aku meninggal tengah bulan April tu. Arwah Tok Nong (mak baba) meninggal dengan usia lebih kurang 95 tahun (taktau umur sebenar). Dapat tau pon malam pukul 1045 camtu,pastu pukul 1230 tengah malam terus gerak balik Terengganu. Baba drive lajuuu. Sampai KT terus pergi rumah Tok Hafsah (mak mama).

Memang sedih & sebak. Last aku jumpa & salam dengan arwah masa raya tahun lepas. Memang sangat ramai orang datang ziarah dan penuh sangat rumah. Lagipun keturunan kitorang memang ramai anak-beranak. Aku tak pernah pergi kursus pengurusan jenazah tapi kali ni aku tolong apa yang patut untuk uruskan secara real terus. Carik-carikkan bunga kapas untuk lapik kain kafan, mandikan, kucupan terakhir, pengebumian, semua jadi memori. Semoga arwah Tok Nong ditempatkan bersama ahli2 Jannah. Amiin.

April kali ni jugak membawa aku ke usia 23 tahun. Tak best betul da 23. Makin banyak benda kena fikir.huhu. Tapi tetap sangat syukur sebab masih dipanjangkan umur. Alhamdulillah.

Bulan Mac haritu aku start buat bisnes jual fancy cookies & April pulak aku da start ambil order untuk cakes & cupcakes. Syukur sebab walaupon tak promote banyak2 lagi tapi every week memang ada orang order. Ada yang repeat order lagi. InsyaAllah nanti aku promote kat blog ni betul2 dan buat page kat fb.

Aku pon da start kerja as an engineer bulan April tu kat KL. Ulang alik dari Shah Alam - KL hari2 memang letih tapi lagi senang duduk rumah dengan family kan. Keluar rumah pukul 6.30pagi, balik rumah pukul 8malam baru sampai. Lepastu kalau ada order kena terus buat kek malam tu. Kental tak.hihi

Tapi the real good news masa bulan April tu, aku da beli tiket untuk pergi holiday hujung bulan May ni. Buat masa sekarang bahang ke'excited'an aku belum betul2 memuncak sebab busy je. But I'm sure bila da dekat nak pergi tu mesti excited dan InsyaAllah aku akan memuntahkan segala isi perut kisah pengembaraan aku nanti kat sini.

Merci & Salut

Wednesday, December 7, 2011

Hari Jadian mereka...

Assalamualaikum

Walaupun tajuk cam pelik, tapi kire boleh difahami la kott..ye dak?

Hari ni 7 Dec, birthday Aisyah yg ke tuttt rahsia. Aisyah da tua miahahaha.
Tepat pukul 12 tgh malam, MEGI buat surprise untuk Aisyah, n double surprise untuk Zureen. Zureen plan nak celebrate bday Aisyah tapi tak sedar Megi da plan celebrate terus bday zureen skali. Happy Birthday in advance ye adik zureen.

Tahun ni banyakkkk celebrate birthday para MEGI. Semester terakhir kat UTP sama2 ngan geng2 lima tahun membesar melebar bersama dari foundation sampai final year. Tahun 2011 yg ada 3 semester ni, seolah-olah kami memang menetap & bermastautin kat UTP sebab cuti semester pon seminggu je.betapa sikitnye hari yang kami ada kat rumah masing-masing.huhu. Suka duka pahit manis banyak dikongsi bersama teman2 seperjuangan.wahhh ayat nak panjang je tapi tak puitis langsung.

Kalau ikut tahun 1989, Kak Long MEGI kite ni Anis la.lahir bulan Mac. Celebrate kat V5 cafe. Sorry eh kaklong, mase tu tak sempat nak prepare ape2 heheh


Kak Ngah MEGI pulak Nawal. Lahir awal2 April.Tapi tak celebrate birthday sama2.Nawal balik rumah agaknye.

Anak dara MEGI ketiga tertua dari golongan 1989, ehem ehem haku la. 23 April, celebrate kat KFC Taman Maju. Kek tulis HB CikMon. cik mon pon cik mon la, da bese.haha

Lepas tu ada lagi beberapa birthday bebudak MEGI bulan Mei & Jun, tapi sebab kekangan masa, waktu tu final exam la, ape la, tak sempat makan kek sama2.

Bulan Julai sambung balik gather2 ni. 1 Julai birthday Najat, MEGI gi makan sate Bota.




Birthday Ana sambut kat KFC Taman Maju jugak. Kek Secret Recipe boyfriend bertuah Ana belanja. Untungla.. MEGI untung dapat tumpang sekaki kekeke^^



Still kategori Julai lagi, bday Sya pulak. Gather kat tasik UTP, ingat nak pergi mapley je, skali terpergi Burger King Gopeng.Lepak sampai kul bape ntah.
 Ni ha alang2 sebut pasal Burger King. RM5 only. sajo jo tolong promote.takde komisen pongg

Bulan September ada bday Wani & Zopo, waktu tu macam nak celebrate tapi sebab musim puasa, raya, finals, tak sempat pulak. 

Oktober pulak, birthday Christine n Farhin. Bday Christine tu aku celebrate berdua je ngan kistin kat Secret Recipe. dating la kan skali sekale hahaha. Birthday Farhin kitorang sambut kat Mini ICity UTP (konon2). Masa Convofair ada banyak lampu2 kat tepi jalan n pokok2, so alang2 tu amek2 gambar dekat2 situ. Kek Secret Recipe jugak, tapi beli half je, yela save budget, asalkan sume orang happy n cukup makan kek haha



Disember ada 3 orang MEGI sambut bday, sorang lahir 1988, sorang 1989, sorang 1990. Zureen, Aisyah Najwa. Before ni mane pernah sempat sambut untuk December babies, ni baru first time. Sambutan ala kadar, kat dalam bilik birthday girl je, tapi meriah gile dengan sembang kencangnye. Kek sedap, blueberry cheese, ada air teh tarik lagi. balik bilik sume orang punye fikiran jadi berat. Pagi gi kelas Hybrid ramai la mengantuk kahkah



Tu la antara beberapa sambutan birthday MEGI tahun ni. Last sekali bday Najwa, tapi hujung tahun sangat. tengok la ye kalau sempat MEGI sambut hehe. Untuk beberapa orang yg tak sempat sambut sekali tu, sorry la ye, tak berkesempatan..Tak mungkin kitorang sengaja tinggalkan. Yang penting, kenangan bersama kalian pasti tersemat dalam hati.auwwwwww. jiwang la pulak tetibe. Sedih woo tinggal 40 hari je lagi ngan korang semua.




Wednesday, November 9, 2011

Siapa kata raya kat Shah Alam tak meriah..

Meriah tau raya Aidiladha kat sini..
Lagi2 kat surau seksyen 9, Shah Alam. hehehe
Tahun ni sembelih 27 ekor lembu. Memang biasenye dalam 20 lebih ekor lembu tiap raya haji. Seronok tau, ramaiii orang tolong2 kat surau. RELA n BOMBA pon tolong jaga2 kawasan sekali.




Yang pegang pisau tu Abg Rizal. first abang ipar.Ikut jejak langkah baba jadi tukang sembelih sekali untuk raya haji kat sini. Tu baru lepas sembelih la tu



Ni mase tengah sembelih lembu.



Aku takde baju raya ponggg.huhu. pakai jubah hitam tudung hitam je la. Apehal cam selebet semua ni.haha. Hasya & Syahir kepenatan lama sangat dorang berdiri 


Potong tulang guna machine. Kena la guna teknologi yang ada untuk memudahkan kehidupan ye dok


Kaum ibu bertungkus lumus siapkan makanan untuk jamuan makan2 surau. Aku n adik beradik yang ramai perempuan ni nak je tolong tapi cam semua org da ada tugas masing2. So mampu tolong angkat dulang makanan n susun atas meja je la.Takde can nak tunjuk terer jadi menantu pilihan. LOL. menipunye 


Ada jugak persembahan dari warga Nigeria. Actually time ni aku tak turun surau pon lagi.


Ni masa lapah2 daging. Semua kerja buat serentak sebab nak kejar masa kan. 27 lembu nak kena siap sembelih sebelum Zohor. Semua orang pon berganding bahu. Inilah semangat kejiranan yang kita mahu! heho


Kaunter agihan. kena la ada kupon untuk redeem. Baru sistematik. Ecehh


Licinnnnn pinggan. Tak baik membazir. Lagipon lazat! Sehingga menjilat jari jemari


SALAM AIDILADHA. 
Jom Bertakbir & Bertahmid banyak2 :)

Monday, August 1, 2011

Scam situ Scam sini Part 2

Scam lagi.
Sebelum ni macam ni.

Kali ni pulak konon2 dari Hafidat Rashid (ap401@jaguar1.usouthal.edu )


Apa kabar,SALAM,my name is Hafidat Abd Rashid,i am presently in Uk, My father is
from (sabah) Malaysia and my mum from UK,i will be coming to Malaysia for
my Vacation soon.i want us to be close before i come to Malaysia so that
you can show me around Malaysia when i visit.please feel free to write me
,so we can get to know our self more. hope to hear from you,, my email is
hafidatrashid@hotmail.co.uk


Siap bagi 'Salam' lagi. Kat bawah email tu ada siap attach gambar. Gambar sexy budget hot.

Lepas dapat email ni pagi tadi, aku terus google & sampai la kat blog Mazidul Akmal (999).

Dia dapat email yang sama sebijik tapi nama je lain- Laila Mohd Faisal. Dia tulis semua conversation dia dengan 'Laila' dalam blog, dari Expose 1- Expose 13. Haha memang padan muka la 'Laila' si lelaki Nigeria tu, harap2 da kena tangkap.


Sindiket penipuan dari orang Nigeria ni da banyak kali gak aku tengok kat tv. Diorang menyamar konon2 dari negara lain nak datang melawat Malaysia, tak pon menyamar pastu goda2 guna ayat berbunga-bunga sampai la ada orang terpikat, bercintan-cintun pastu mula mintak transfer duit ribu-ribu. Bila ada orang agak pendek akal gi transfer duit, mamat Nigeria tu terus hilangkan diri, lost contact. Jadi la patah hati, duit pon lesap.


So kawan2, kalau dapat email pelik2, konon2 orang minta tolong bawak jalan2 ke, ambilkan barang ke, jangan sesekali layan. Lagi2 kalau da sampai mintak duit. Jangan terpedaya.


Sekarang da macam-macam jenis cara orang nak menipu. Jadi kita semua kena lah lebih berhati-hati. Semoga Allah melindungi kita semua.

Sunday, July 24, 2011

Pesta durian Bukit Gantang & mi udang Kuala Sepetang

Semangat nak makan durian. tapi 26hb ada proposal defense FYP pulak. tak boleh tak sihat,tak boleh demam. so kena ada precaution di samping berdoa memohon kesihatan daripada Yang Maha Esa.
Ada jugak kawan2 tolong bagitau. betul ke tak,tak tau la. kekeke^^
Papepun, terima kasih n___n
23Julai, 7 kereta budak2 Jan'07 gerak dari UTP lebih kurang 830pg. Amboi awal bangun,kalau kelas kul8 bukan main liat lagi (cakap kat diri sendiri). Ramai2 breakfast kt kedai mamak. Pastu gerak terus. Lalu highway, berhenti jap kat R&R Sg Perak, sejam lebih sampai kat Dataran Long Jaafar, Bukit Gantang.

Da siap2 beli air badak n air mineral botol besar sorang satu. Perghh memang terbaik ah pesta durian ni, makan sampai kenyang n freeee.
Yang cun2 ni for display only.

baca doa sebelum makan

group photo

Makan durian free pastu boleh bawak balik lagi sorang satu. Kalau datang lewat da kena bayar. Memang berbaloi ah. Puas.


Da alang2 jalan2 ngan MeGi, next destination kitorg pegi Taman Tasik Taiping. Yang ni ngan MeGi, 2 kereta je. Situ cantik! Pokok lawa, dedaun n rumput menghijau. Tapi hujan so berhenti solat kat surau Zoo Taiping. tak masuk zoo pon sebab takde dalam plan.

Bila hujan da berhenti, kitorg pon lepak2 kat Taman Tasik tu sambil ambil gambar.


Dalam kul4.30 tunggu kereta gadis2 EE sampai situ then gerak 3 kereta pergi Kuala Sepetang. Tak jauh mane pon. Tepi jalan da nampak signboard Mi Udang Mak Jah-7km, pastu 1 km, pastu 500m. mantap la Mak Jah ni, femes. Kedai die besar, ada tempat parking, toilet pon ok.

Mi Udang Mak Jah memang terbaik! sedap tau. Yang special RM11, udang besar,banyak. yang biasa pulak RM7, ada udang 7ekor. Recommended place to eat mi udang. Betul!

kueyteow dia pon sedap tau

group photo

Berbaloi-baloi.


Thursday, June 30, 2011

Put ur Hands up!

OyeOye

Bulan Jun sudah melabuhkan tirai. Bulan Julai pula kini menjelma. ececece.
Banyak jalan2 bulan ni. Perak, Selangor, KL, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Penang.


Awal bulan Jun tu, boring2 duk UTP sambil malas2 lagi nak wat FYP, plan la nak balik rumah jap mase weekend. Sebenarnye balik tu sebab nak amek lab coat tertinggal kat rumah n nak makan kiwi 'Manuka Honey' yang kakak bawak balik dr NZ tu.teringin la kan,duk tengok dalam gambar je tak aci la. Tren dr Batu Gajah da nak sampai kat KL Sentral,skali atiqah, kawan skola dlu ajak gi maktab ambik sijil english 1119. so terus sambung naik tren sampai seremban, tido rumah tiqah satu malam, pastu esoknye pergi MRSM Batu Pahat, tempat aku membesar 5 tahun menuntut ilmu kat sane. Lama da tak pergi sekolah, banyaknye beza.Yang tak bestnye,mase tu cuti sekolah so memang tak jumpe cikgu pon, jumpe kerani kat ofis sekolah je T___T

ni foyer sekolah. mase baru masuk form 1 dulu,rumput n pokok pon baru nak tumbuh,gersang je.pondok telefon pon ade satu je tu pun kat pondok guard.sobsobsob



Lepas balik dari sekolah, jalan2 kat seremban pastu balik shah alam. 2 hari kat rumah then balik
Perak pulak. Minggu lepas tu, ada kenduri kahwin kakak&abang nadia, coursemate kt UTP ni.
kenduri tu kat Penang, so pakat la ngan kawan2 lain pergi skali. naik kereta Wani, pergi berlima
ngan Aisyah, Ana & Hidayah jugak. fuh da lama tak pakai baju kurung.time kenduri la baru nak pakai. seharian kat Penang, lepas kenduri tu jalan2 pulak kat Batu Feringgi, makan2 kat Padang
Kota Lama, round2 kat situ pastu pergi Queensbay Mall.tetibe pulak beli bantal tidur kat situ.usung la bantal tu kehulu kehilir ngan takde plastiknye n pakai baju kurungnye lagi.tapi memang seronokla sebab dapat jalan2 n makan2.


Minggu lepas pulak, 25Jun ade Perodua Eco Challenge kat Melaka International Motorsports Circuit. Ramai la coursemate aku join event ni,hebat2 belaka. So ramai la bebudak Mechi yang
datang sebagai supporters. Memang ade dorang provide satu bus untuk supporters, kitorg sume kena bersorak2, tiup2 horn, tepuk2 pongpong n pompom. memang seronok beb,enjoy gile!
UTP X-TRON!

Dr Zainal pon muat tau masuk. kekeke^^

Malam sebelum pergi PEC tu, aku pergi makan2 ngan rumet n housemates kat gopeng. Mula2 makan Dominos,3 regular pizza + breadstix untuk 4orang, pastu makan kek Secret Recipe, pastu makan frozen yogurt Tutti Frutti pulak. Makan kenyang2 pastu tak tido sebab kena gather tunggu bus kul3 pagi before bertolak pergi Melaka. Wahh memang macam-macamlah Jun ni!
burpppp~