Wednesday, November 9, 2011

Siapa kata raya kat Shah Alam tak meriah..

Meriah tau raya Aidiladha kat sini..
Lagi2 kat surau seksyen 9, Shah Alam. hehehe
Tahun ni sembelih 27 ekor lembu. Memang biasenye dalam 20 lebih ekor lembu tiap raya haji. Seronok tau, ramaiii orang tolong2 kat surau. RELA n BOMBA pon tolong jaga2 kawasan sekali.




Yang pegang pisau tu Abg Rizal. first abang ipar.Ikut jejak langkah baba jadi tukang sembelih sekali untuk raya haji kat sini. Tu baru lepas sembelih la tu



Ni mase tengah sembelih lembu.



Aku takde baju raya ponggg.huhu. pakai jubah hitam tudung hitam je la. Apehal cam selebet semua ni.haha. Hasya & Syahir kepenatan lama sangat dorang berdiri 


Potong tulang guna machine. Kena la guna teknologi yang ada untuk memudahkan kehidupan ye dok


Kaum ibu bertungkus lumus siapkan makanan untuk jamuan makan2 surau. Aku n adik beradik yang ramai perempuan ni nak je tolong tapi cam semua org da ada tugas masing2. So mampu tolong angkat dulang makanan n susun atas meja je la.Takde can nak tunjuk terer jadi menantu pilihan. LOL. menipunye 


Ada jugak persembahan dari warga Nigeria. Actually time ni aku tak turun surau pon lagi.


Ni masa lapah2 daging. Semua kerja buat serentak sebab nak kejar masa kan. 27 lembu nak kena siap sembelih sebelum Zohor. Semua orang pon berganding bahu. Inilah semangat kejiranan yang kita mahu! heho


Kaunter agihan. kena la ada kupon untuk redeem. Baru sistematik. Ecehh


Licinnnnn pinggan. Tak baik membazir. Lagipon lazat! Sehingga menjilat jari jemari


SALAM AIDILADHA. 
Jom Bertakbir & Bertahmid banyak2 :)

No comments: