Sunday, July 24, 2011

Pesta durian Bukit Gantang & mi udang Kuala Sepetang

Semangat nak makan durian. tapi 26hb ada proposal defense FYP pulak. tak boleh tak sihat,tak boleh demam. so kena ada precaution di samping berdoa memohon kesihatan daripada Yang Maha Esa.
Ada jugak kawan2 tolong bagitau. betul ke tak,tak tau la. kekeke^^
Papepun, terima kasih n___n
23Julai, 7 kereta budak2 Jan'07 gerak dari UTP lebih kurang 830pg. Amboi awal bangun,kalau kelas kul8 bukan main liat lagi (cakap kat diri sendiri). Ramai2 breakfast kt kedai mamak. Pastu gerak terus. Lalu highway, berhenti jap kat R&R Sg Perak, sejam lebih sampai kat Dataran Long Jaafar, Bukit Gantang.

Da siap2 beli air badak n air mineral botol besar sorang satu. Perghh memang terbaik ah pesta durian ni, makan sampai kenyang n freeee.
Yang cun2 ni for display only.

baca doa sebelum makan

group photo

Makan durian free pastu boleh bawak balik lagi sorang satu. Kalau datang lewat da kena bayar. Memang berbaloi ah. Puas.


Da alang2 jalan2 ngan MeGi, next destination kitorg pegi Taman Tasik Taiping. Yang ni ngan MeGi, 2 kereta je. Situ cantik! Pokok lawa, dedaun n rumput menghijau. Tapi hujan so berhenti solat kat surau Zoo Taiping. tak masuk zoo pon sebab takde dalam plan.

Bila hujan da berhenti, kitorg pon lepak2 kat Taman Tasik tu sambil ambil gambar.


Dalam kul4.30 tunggu kereta gadis2 EE sampai situ then gerak 3 kereta pergi Kuala Sepetang. Tak jauh mane pon. Tepi jalan da nampak signboard Mi Udang Mak Jah-7km, pastu 1 km, pastu 500m. mantap la Mak Jah ni, femes. Kedai die besar, ada tempat parking, toilet pon ok.

Mi Udang Mak Jah memang terbaik! sedap tau. Yang special RM11, udang besar,banyak. yang biasa pulak RM7, ada udang 7ekor. Recommended place to eat mi udang. Betul!

kueyteow dia pon sedap tau

group photo

Berbaloi-baloi.


2 comments:

IrshadBanuri said...

pergh...
seronok nampak.
haha..
berkesan x air badak ko tuh?

cikminn said...

memang seronok!hehe

Alhamdulillah tak demam pon,batuk pon tak.syukur2. minum air badak, air mineral yg sgt byk plus minum air dlm pangsa durian tu