sama lah tu kan.
Jadi student ni memang tak pernah lekang dengan tests & exams kan. Normal lah tu. kalau cakap dengan parents or kakak2, nanti dorang jawab lebih kurang macam "been there, done that". haihh tak boleh nak mintak simpati langsung T___T
Minggu ni memang hectic. 4 tests in 4 consecutive days. Tambah lagi dengan report FYP1 and FANDE final report. dengan dekat2 cuti raya ni hari2 tengok member lain dok tarik beg nak balik rumah. roommate pon da happy2 balik awal. mencabar kesabaran sikit. blok da makin kosong tapi kami budak2 material ni kena struggle lagi menelaah.
Ini bukan nak mengadu pasal kerja ke apa, cuma nak cerita pasal kekecewaan diri sendiri pasal masa je.
Isnin lepas ada test Engineering in Society (EIS). Paper tu hurmm syukur la dapat jugak jawab sebab soalan repeated from last year's and struggled hari sebelum tu seharian baca text book.da macam novel pulak. Selasa ada test Energy Conversion & Management (ECM) yang macam tutttt. Aduhai kenapa la subject ni yang jadi compulsory waktu saat2 final year yang critical ni? Paling lemah la benda2 alah thermodynamics ngan heat transfer ni sobsobsob why ECM why??? Lepas tu rabu ada test Advanced Polymer, Ceramic and Composites. soalan last tu takleh jawab sebab serious tak ingat equation dia.aiyoo ape nak jadi la.
Yang paling buat jiwa kacau bila nak settlekan report. I put my great effort tau nak siapkan Interim Report FYP. memang buat non stop la sampaikan terlambat bukak puasa sebab khusyu' sangat karang ayat. da buat semangat2 sampai siap, sekali budak2 yang sama supervisor dok pakat nak ramai2 hantar lepas raya. arghh kalau tau awal2 takde la aku spend banyak masa kat report tu.baik la study untuk test Fande esoknye. lepas tu pasal Fande final report pulak. nak tunggu masing2 siapkan part sendiri, pastu nak compile and kasi tally lagi, it took me quite a lot of time. Masa ohh masa, sesungguhnya kau memang berharga!
Lepas dah siapkan report, lebih kurang 1 pagi tu baru la nak start study untuk test Failure Analysis & Non-Destructive Examination (Fande). Tengok satu topic, alamak 71 slides. konon2 terpaksa lah bersengkang mata untuk study. tapi hampeh, kul2 pagi tu da kecundang tido sebab ngantuk ter-amat-sangat. ingat nak bangun sahur tu sambung la study sampai pagi, da siap set alarm kat 2 handphones. lagi sekali kehampehan melanda, aku terlepas sahur, tak dengar langsung bunyi alarm from both handphones. Yang paling menyayat hati, aku terbangun tu dah nak dekat kul10pagi. Test pulak pukul 11 pagi and aku sememangnya tak study lagi. Memang gelabah macam orang gila la, nak mandi n siap2 la, nak qada' solat subuh la, nak study lagi la. Waktu tu tak tau nak buat reaction macam mana. marah sangat kat diri sendiri. Test Fande tu of course la tak dapat jawab. walaupon nampak kertas macam penuh dengan tulisan n gambar, tapi tu semua bantaian dan tembakan padu. Soalan tanya pasal Radiography Testing, aku pi bantai jawab pasal Ultrasonic Testing. mak aihh masa jawab tu pon da tau salahhh.
Pengajarannya sila lah susun masa dengan tersangat cermat sebab masa sangatlah mahal, lebih mahal daripada emas dan tak boleh patah balik.
Petang bila balik rumah, da rasa lega. happy. seronok. Bila masa nak tolong kat dapur, tangan ni pulak terkena percikan minyak panas yang besar masa aku goreng popia. Tompokan minyak yang banyak kena kat tangan ni. Cepat2 sapu minyak nak bagi tak nampak kesan. Alahai nak raya ni harapnya tangan takdelah menunjukkan kecacatan. Dugaan...
Semua ni mungkin dikatakan dugaan dan ujian di bulan Ramadhan yang Allah bagi kat kita untuk tengok sejauh mana kesabaran kita mengharungi dugaan tu. Harapnya aku tergolong dalam orang2 yang sabar dan tabah dan hidup dalam keredhaan Allah.
Semoga kalian juga begitu. Amin...
No comments:
Post a Comment