Assalamualaikum
Da 2 bulan tak update blog ni. Sebelum jadi makin malas, baik la letak apa2 benda yg terkini. ecehh.
Tadi tengok movie premiere Adnan Sempit 2 kat TGV Sunway Pyramid, dapat 2 free tickets from a friend yg menang contest kt MIG Online. Thanks Zureen, susah2 je.huhu. Aku pergi ngan kakak aku, senang sikit.
Adnan Sempit 2 ni sequel drpd Adnan Sempit, dengan motto dia 'Di mana ada kemahuan, di situ ada highway'. Cerita ni macam untuk relax2, gelak2, isi masa lapang camtu. Kalau org yang fikiran dia selalu serius mesti rasa mengarut je cerita ni. Tak banyak mesej berguna pon cuma yg relevan utk kite ikut ialah kite kenalah usaha sedaya upaya untuk dapat apa kite nak & berubah utk kebaikan. Benda yg merepek memang la banyak, scene yang geli geleman pon ade, between Adnan & Fendi. Memang la cerita ni untuk hiburan, aksi-komedi kan, tapi sikit2 scene tu mungkin quite improper. Yang aku macam kurang gemar, banyak sangat broken english yang merepek-repek & tak perlu pon. Yela memang la dari Adnan Sempit lagi dorang da cakap macam tu & memang cite ni nak tunjuk yang Adnan & Bobby tu speaking berterabur, tapi kadang tu sampai terlebih-lebih pulak. Kalau la orang ramai terikut cara cakap yg berterabur sangat camni kan tak best nanti. Sikit2 sudah la,yang lawak2 & tak ke laut sangat.
Jalan cerita pon ringan je,tak bermain ngan minda pon. Tengok santai2 lek2 hilangkan stress n tension tu ok la. Aku tengok gelak2 banyak la jugak sebab kt cinema kan cenggitu la,orang lain ketawa kite pon terketawa haha. Tapi aku memang suke dengar suara Shaheizy Sam tu sebab suara dia pon kelakar da. Intan Ladyana lawa, Yana Samsuddin comel. Ha nanti ada cerita Wawa Semput pulak pasni.
Ni movie review yg pertama aku buat, mungkin jugak yg last, sebab aku mane reti review pon. Da la memang jarang tengok movie kat cinema. Student card pon da takde so tak dapat discount pasni.heheh. Kalau dapat free ticket tengok movie premiere baru la ada exception. Kottt
Ni ha sinopsis cerita Adnan Sempit 2. Layannnn~
Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya.
Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.
Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan.
Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?
No comments:
Post a Comment