Friday, October 19, 2012

Jalan - Jalan Paris Part 2

25 May 2012 - Jumaat

Yeayyy! Harini masuk Disneyland Paris! Awal-awal da book online ticket dari rumah. Actually da lama aku google cara nak beli online tic ni, pastu terjumpa blog yg baik hati sangat2 sebab tak kedekut ilmu. Terima kasih sangat2 kat blog ni: 

Dia ada bagitau cara2 nak book dan dapat harga lagi murah daripada kalau beli direct kat sana. Tak payah beratur panjang beli tiket pulak tu nak masuk. Settlekan all the payment dari Malaysia, print out the tickets and tunjuk je kat entrance tu. Tapi ada kena letak address kat Europe etc etc. Abang ipar aku yang settlekan pasal tiket ni. Baca la kat blog Travelista tu ye kalau nak tau macammana. 

Kat Disneyland Paris ni ada 2 parks, Walt Disney Studios dengan Disneyland Park. Kitorang beli tiket masuk both parks. Baru best masuk semua. Berbaloi-baloi.hehe. 


Parade

Minnie ni layan budak2 je. Aku ni sebelah mata pon dia taknak pandang. Tunjuk bontot je. Sedih ah cenggini.

Aku nak cerita satu-satu pasal ape aku main dalam tu pon macam panjang sangat. Senang cite semua pon best dan seronok dan happening dan menggembirakan dan blablabla kesimpulannya happy..

Tengok show sambil makan Ben & Jerry's ice cream. Emm sedap2 da la masa tu panas.Memang menyegarkan sampai muka comot tudung senget tapi tak mengapa ihiks
Hebak ahh. Vroom Vroom.

Tengah tunggu nak tengok parade ni. Menantikan kemunculan semua Disney characters oo yeah

Parachute askar2 kecik dalam Toy Story tu. naik turun naik turun. mainan budak2 pon bolee


Aunty Ida bawak Hasya & Syahir naik slinky dog pusing2 ni. Takpe dog yang ni bukan najis mughallazah.

Buzz Lightyear ni hensem wehh. Macho sangat semua pose dia.



Ohoii serius best sangat masuk Hollywood Tower Hotel ni. Kena naik Tower of Terror! Sape da pernah tengok movie Tower of Terror ni mesti faham sikit ape jadahnye benda ni. Tapi serius seronok. Rasa nak naik lagi dan lagi tapi beratur panjang. sobss



Naik studio ni punya tram, pusing2 tengok props yang digunakan untuk filem2 Disney. Macam kereta dalam Toy Story, 101 Dalmations, airplane dalam Armageddon etc. Sambil tengok camane dorang buat air terjun pastu meletup2 la api2 asap2 la macam-macam lagi la.

Ke mana saja kita pergi, solat jangan tinggal. Cari spot sesuai yang agak sunyi dan tersembunyi dan sesuai dengan arah kiblat.
Kakak, Hasya, Syahir and I in front of Sleeping Beauty Castle. 

Tengok la ni, banyak betul stroller budak2. Park kan je kat tempat2 dia so boleh main rides dgn senang hati.


Dah pukul 10lebih malam tau ni. Penat main2, mata pon da mengantuk, so balik hotel naik tren. Esoknye masuk Disneyland lagi!

1 comment:

Unknown said...

Bestnya Diseyland Paris...
Jemput singgah blog saya http://alamwellness.blogspot.com