Thursday, April 28, 2011

Terbaik dari ladang!


Tak perlu pergi jauh2..
Sungai Siput da cukup menggembirakan.
Recommended place to visit - Ladang Infoternak Sg. Siput (U), Perak


pic- credit to Saufi Ahmad (Keharokkan apekah yang terjadi)

Sunday, April 24, 2011

Let's Karaoke-ing!

Hai hai hai~
22 April: Ha cenggini la rupa budak excited dapat mic. After habis paper HRM- bukan 'haram' tapi Human Resource & Management, Sya terus ajak gi makan & karok kat Shogun Batu Gajah. Sini mahal sikit, sejam RM25. Da lame tak pegi so layankan jela.
Min & Sya memang suka berduet. duit pon suka gak. Aisyah, Christine & Ana jadi backup singer & dancer. seronok tu seronok jugak tapi kena ingat pesan mak masing2, kena beringat gak..hehe

Keesokannya...

23 April: Aduhai lagi sekali.bila MeGi da ajak karok memang kena join ah. mula2 tengok budak2 yg join eupho gi jamming kat Taman Maju, then gi karok kat Manjung. Suara aku da la memang tak stabil..tak boleh nyanyi lama2 so baik jadi backup singer
Aos memang sangat hyperactive. Banyak betul tenaga dia n__n

Min-Sya-Aisyah-Najwa-Nadia-Zureen-Aos-Jayzee
Kami 'Cendawan Akrab' lalala~

Kalau da ramai2 MeGi, memang riuh la. We had sooo much fun. Time ni jela nak melalak pon kan..Pasni nak final exam da,kena study betul2.
*__________________*

Saturday, April 23, 2011

double 2...

Alhamdulillah...

Anak dara sorang ni da 22 tahun da dia...
cepatnye membesar...makin matang da...makin besar tanggungjawab..
*cakap pasal diri sendiri* n___n
(cepatnya ohh cepatnya masa berlalu)

Jom tengok apa budak baru 22 tahun ni buat ngan MeGi (mechi girls) tengahari tadi.

Location: KFC Taman Maju, Tronoh, Perak
Tengah tunggu makanan sampai.. 32 pieces of fried chicken yeayyy!

Sambil2 tu birthday girl dapat hadiah. suka2 yeayyy!

Ni salah satu hadiah. From Ana & Amin. Jom cuba try test tengok dulu.

Eh ade cake jugak la.. comelnye sungguh colourful. Jom excited. Yeayy!

Ngap ngap jom.

Sesi pembedahan kejam kek. Terbelah kau terbelah kau!

Sesi pembulian kejam pulak. kesian budak tu comot2.tp cool saja lahh~ heheh

Comot tak comot sangat la..yang penting hepi. Yeayyy!!

Sesi penggambaran pulak jom.
Ni lah wajah2 ceria MeGi batch Jan'07 = Min, Aisyah, Jayzee, Wani, Farhin, Zureen, Pikah, Anis, Kistin, Ana, Bell, Sya, Aos, Najat, Najwa, Kathy, Nadia.
Tiada dalam gambar = Ummu, Nawal, Atikah, Zophor, Abil

Jom makan KFC!
burpp kenyang.. malas nak betulkan gambar.kekeke^^

Terima kasih. Terima kasih dan Terima kasih
Love Love Love y'all~


Tulus ikhlas dari: ASMY :)

Saturday, April 2, 2011

bilik nan comel

[bilik nan comel...]
harharhar perasan sendiri ('',)
bila lagi nak tempekkan gambar bilik kat utp ni kan..

so jom kite tengok camne rupa bilik yang aku cakap comel tuh...*_______*

fokus utama kat sini ialah roket, UFO dan planet2 kat dinding tu ye..tema bilik ialah angkasa lepas. gigih aku beli sticker tu kat pasar pagi ahad kat shah alam dengan harga RM2. berbaloi sekali n__n

meja 'belajar' yang menghadap hutan, tengah malam wajib tutup langsir, jangan pandang luar tingkap yer.......
kawasan kegemaran, haruslah penuh..air 3in1 sampai 3 paket. satu nescafe breakfast, satu nesvita oat, satu lagi nescafe white coffee. stir-fried seaweed n seaweed biasa ada lagi sebab haritu borong banyak gile kat namdaemun market, biskut mesti kena banyak, ramyun n choc ade jugak kat sebelah tin jacobs tu. dan hasilnye=perut cikminn. gile

sekian.

(bile da grad nanti, tengok balik entri ni, mungkin boleh sebak..hohoho)

Friday, March 11, 2011

Matta Fair 2011

Assalamualaikum...

Tadi pergi Matta Fair ngan Najat & Atiq. Matta Fair Kuala Lumpur 2011 ni buat kat PWTC, 11-13 March 2011. Kalau2 ada yang tak familiar ngan Matta Fair ni, bukak jela website dia yer..bacalah sendiri hoho: http://www.mattafair.org.my/


First time naik taxi dari sec.9 shah alam sampai kl sentral terus. pakcik taxi tu la boleh pulak tak tau jalan nak pergi ktm sec.19 so dia kata alang2 dia nak hantar sampai pwtc terus & dia charge rm20 je. tapi sebabkan hujan so jalan memang jem so dia dropkan kat kl sentral je,bayar kat dia rm18. kat meter taxi tu pon da tulis 30ringgit lebih. ok la kan daripada nak tunggu komuter n berhimpit dalam tu..


Ramainyaaa umat manusia dekat PWTC tu walaupun hari Jumaat.hmm Sabtu Ahad ni confirm lahh penuh gila.nak masuk kat Matta Fair tu kena bayar RM3 sorang,pastu dapat satu bag n entrance pass untuk lilit kat tangan.


Juling-juling biji mata tengok banyak sangat booth promote itu ini untuk pergi holiday sana sini. Ada 3 hall semua untuk travel fair ni tau. Aku yang buat masa ni takde plan nak jalan mana2 da untuk tahun ni pon jadi pening-pening lalat,macam takde arah tuju nak lalu jalan mana celah mana.tengok booth cantik sikit baru singgah.pastu sepanjang jalan tu exhibitors sibuk bagi brochure, tangan kiri kanan pon duk ambik n terus masuk dalam bag.


Sebenarnye tujuan utama nak pergi ni sebab nak kumpul goodies.hoho salah niat la,tula jadi tak banyak sangat hasil kutipan. tapi yang paling suka,dapat mouse yang superb cute from singapore airlines.sayang pulak nak guna. pastu jawab questionnaire dari booth korea,dapat lah phone accessories yang comel lotte...


Ok sape2 yang nak/suka/teringin melancong mana2 tu, sesuai lah jenguk2 usha2 kasi cuci mata kat Matta Fair ni..

Colour Your Life...TRAVEL!