Friday, March 11, 2011

Matta Fair 2011

Assalamualaikum...

Tadi pergi Matta Fair ngan Najat & Atiq. Matta Fair Kuala Lumpur 2011 ni buat kat PWTC, 11-13 March 2011. Kalau2 ada yang tak familiar ngan Matta Fair ni, bukak jela website dia yer..bacalah sendiri hoho: http://www.mattafair.org.my/


First time naik taxi dari sec.9 shah alam sampai kl sentral terus. pakcik taxi tu la boleh pulak tak tau jalan nak pergi ktm sec.19 so dia kata alang2 dia nak hantar sampai pwtc terus & dia charge rm20 je. tapi sebabkan hujan so jalan memang jem so dia dropkan kat kl sentral je,bayar kat dia rm18. kat meter taxi tu pon da tulis 30ringgit lebih. ok la kan daripada nak tunggu komuter n berhimpit dalam tu..


Ramainyaaa umat manusia dekat PWTC tu walaupun hari Jumaat.hmm Sabtu Ahad ni confirm lahh penuh gila.nak masuk kat Matta Fair tu kena bayar RM3 sorang,pastu dapat satu bag n entrance pass untuk lilit kat tangan.


Juling-juling biji mata tengok banyak sangat booth promote itu ini untuk pergi holiday sana sini. Ada 3 hall semua untuk travel fair ni tau. Aku yang buat masa ni takde plan nak jalan mana2 da untuk tahun ni pon jadi pening-pening lalat,macam takde arah tuju nak lalu jalan mana celah mana.tengok booth cantik sikit baru singgah.pastu sepanjang jalan tu exhibitors sibuk bagi brochure, tangan kiri kanan pon duk ambik n terus masuk dalam bag.


Sebenarnye tujuan utama nak pergi ni sebab nak kumpul goodies.hoho salah niat la,tula jadi tak banyak sangat hasil kutipan. tapi yang paling suka,dapat mouse yang superb cute from singapore airlines.sayang pulak nak guna. pastu jawab questionnaire dari booth korea,dapat lah phone accessories yang comel lotte...


Ok sape2 yang nak/suka/teringin melancong mana2 tu, sesuai lah jenguk2 usha2 kasi cuci mata kat Matta Fair ni..

Colour Your Life...TRAVEL!

2 comments:

Mohaimin Mokhlis said...

ooooo

pegi tak ajak.

heh

cikminn said...

oopss..sorry moh..
lupe pulak.hoho