Saturday, December 24, 2011

Our video: Ya Sudahlah :)


Apa pun yang terjadi, ku kan selalu ada untukmu,
Janganlah kau bersedih, Cause Everything's gonna be okay

Saturday, December 17, 2011

Running Man Hong Kong Special

Haa.. Sempena Running Man episod 72 & 73 yang buat kat Hong Kong tu, ni ha aku nak tempek gambar aku ngan Jackie Chan.hehe
 Jackie Chan sangat baik tau. Baik melayan peminat. ^_____^


Ni pulak gambar dengan kerabat raja UK.kott.haha tengok tu crown pon senget


Ha ingat tak kat Running Man tu ade tunjuk tempat ni.Masa Gaesy Brothers (Gary-Sukjin-Gwangsoo) kena naik Peak Tram untuk naik atas Victoria Peak.haa ni la tempat dia..
Ni kat atas Victoria Peak. kat kawasan sini la kitorang masuk Madame Tussauds tu. ni kat peak, memang view lawa gile waktu malam. Lampu2 dari buildings situ memang gempak. Pemandangan malam kat situ dipanggil 'Symphony of Lights'.

Hong Kong memang cantik waktu malam. Nak gi melancong pon kire takdelah mahal sangat.bole la kawan2 pegi lepas grad ye.heheh. Kalau nak baca cerita panjang pasal cuti2 HK tu, bole baca kat link bawah ni.
Jalan-jalan Hong Kong part 1, part 2,  part 3

Wednesday, December 7, 2011

Hari Jadian mereka...

Assalamualaikum

Walaupun tajuk cam pelik, tapi kire boleh difahami la kott..ye dak?

Hari ni 7 Dec, birthday Aisyah yg ke tuttt rahsia. Aisyah da tua miahahaha.
Tepat pukul 12 tgh malam, MEGI buat surprise untuk Aisyah, n double surprise untuk Zureen. Zureen plan nak celebrate bday Aisyah tapi tak sedar Megi da plan celebrate terus bday zureen skali. Happy Birthday in advance ye adik zureen.

Tahun ni banyakkkk celebrate birthday para MEGI. Semester terakhir kat UTP sama2 ngan geng2 lima tahun membesar melebar bersama dari foundation sampai final year. Tahun 2011 yg ada 3 semester ni, seolah-olah kami memang menetap & bermastautin kat UTP sebab cuti semester pon seminggu je.betapa sikitnye hari yang kami ada kat rumah masing-masing.huhu. Suka duka pahit manis banyak dikongsi bersama teman2 seperjuangan.wahhh ayat nak panjang je tapi tak puitis langsung.

Kalau ikut tahun 1989, Kak Long MEGI kite ni Anis la.lahir bulan Mac. Celebrate kat V5 cafe. Sorry eh kaklong, mase tu tak sempat nak prepare ape2 heheh


Kak Ngah MEGI pulak Nawal. Lahir awal2 April.Tapi tak celebrate birthday sama2.Nawal balik rumah agaknye.

Anak dara MEGI ketiga tertua dari golongan 1989, ehem ehem haku la. 23 April, celebrate kat KFC Taman Maju. Kek tulis HB CikMon. cik mon pon cik mon la, da bese.haha

Lepas tu ada lagi beberapa birthday bebudak MEGI bulan Mei & Jun, tapi sebab kekangan masa, waktu tu final exam la, ape la, tak sempat makan kek sama2.

Bulan Julai sambung balik gather2 ni. 1 Julai birthday Najat, MEGI gi makan sate Bota.




Birthday Ana sambut kat KFC Taman Maju jugak. Kek Secret Recipe boyfriend bertuah Ana belanja. Untungla.. MEGI untung dapat tumpang sekaki kekeke^^



Still kategori Julai lagi, bday Sya pulak. Gather kat tasik UTP, ingat nak pergi mapley je, skali terpergi Burger King Gopeng.Lepak sampai kul bape ntah.
 Ni ha alang2 sebut pasal Burger King. RM5 only. sajo jo tolong promote.takde komisen pongg

Bulan September ada bday Wani & Zopo, waktu tu macam nak celebrate tapi sebab musim puasa, raya, finals, tak sempat pulak. 

Oktober pulak, birthday Christine n Farhin. Bday Christine tu aku celebrate berdua je ngan kistin kat Secret Recipe. dating la kan skali sekale hahaha. Birthday Farhin kitorang sambut kat Mini ICity UTP (konon2). Masa Convofair ada banyak lampu2 kat tepi jalan n pokok2, so alang2 tu amek2 gambar dekat2 situ. Kek Secret Recipe jugak, tapi beli half je, yela save budget, asalkan sume orang happy n cukup makan kek haha



Disember ada 3 orang MEGI sambut bday, sorang lahir 1988, sorang 1989, sorang 1990. Zureen, Aisyah Najwa. Before ni mane pernah sempat sambut untuk December babies, ni baru first time. Sambutan ala kadar, kat dalam bilik birthday girl je, tapi meriah gile dengan sembang kencangnye. Kek sedap, blueberry cheese, ada air teh tarik lagi. balik bilik sume orang punye fikiran jadi berat. Pagi gi kelas Hybrid ramai la mengantuk kahkah



Tu la antara beberapa sambutan birthday MEGI tahun ni. Last sekali bday Najwa, tapi hujung tahun sangat. tengok la ye kalau sempat MEGI sambut hehe. Untuk beberapa orang yg tak sempat sambut sekali tu, sorry la ye, tak berkesempatan..Tak mungkin kitorang sengaja tinggalkan. Yang penting, kenangan bersama kalian pasti tersemat dalam hati.auwwwwww. jiwang la pulak tetibe. Sedih woo tinggal 40 hari je lagi ngan korang semua.