Sebelum pergi Paris tu, aku banyak la
google macam2 benda sebagai persiapan mental & fizikal. Ecehh.. Tapi kadang
rasa macam tak banyak sangat orang share info sekaligus dari sumber yang sama.
Maksudnye kena cari banyak2 blog or website pastu compile sendiri. Yang banyak
aku jumpa pon dari forum2 pasal travelling. So aku nak jugaklah share pasal
persediaan aku sebelum pergi Paris, harap2 dapat la jugak membantu sesiapa yang
tak menyempat-nyempat cam aku ni, kalau boleh nak all in one je semua.
Passport – Wajib lah ada kan. Kena cek
bila expiry date dia. Passport is valid until 6 months before the expiry date.
Kang tak pasal2 tak bole guna pulak bila dah nak check in, kan naya.
Ticket – Tak kisah la book online ke
offline, kena bawak masa nak check in. Kalau beli online jangan lupa print.
Masa beli tiket tu, beli la sekali travel insurance dia. In case jadi apa-apa,
ada la jugak back up. Apps untuk tiket ni: MHMobile, AirAsia etc.
Baggage – Kena tau luggage limit, kalau
MAS 20kg, kalau Air Asia ikut berapa banyak kita bayar. Kat KLIA, untuk hand
carry punya limit 7 kg.
Currency Exchange – Hang nak pi mana, hang
cek la currency rate awal2. Kena selalu monitor bila rate rendah cepat2 beli.
Jangan main terjah je, harus menjadi peka dan alert demi keuntungan poket
sendiri. Heho. Tempat murah nak convert duit: Masjid India, Sg. Wang, Mid
Valley etc. Tapi kalau jauh, tak perlu lah nak pergi semata-mata tukar duit je,
dengan duit minyak tol parking segala, kang jadi lagi banyak kos pulak.
Itinerary – Prepare awal2, agak2 masa
& aktiviti semua da cantekkk, tulis elok2 dalam notebook ke, tablet ke,
buku ke kertas ke, simpan dalam beg. Usung la kehulu-kehilir pon takpe, janji
perjalanan smooth je. Buat dalam excel file, tak pon isi dalam apps TravTracker
or mtrips. Tulis tangan pon takde masalah.
Clothing – Nak packing baju memang kadang
melecehkan, bagi aku lah. Taktau nak bawak baju apa, berapa helai, takut tak
cukup ke tak sesuai ke. Jadi kena la cek cuaca dan suhu tempat kita nak pergi
tu. Ala pakcik google kan baik, tanya je banyak2. Nanti kat tempat tu nak
shopping baju ke tak, nak basuh baju ke tak, convenient ke tak nak hantar
laundry, nak jemur semua. Pastu kalau nak nampak naik dalam gambar, pilih la
baju yang macam2 warna, baru berseri.hehe.
Accommodation – Nanti nak tinggal kat
mana? Dah confirm belum? Da print apa2 confirmation letter? Da save nombor yang
penting? Kena siap siaga lah semua.
Transport – Kena siap plan da dari airport
nak pergi hotel naik apa, dari hotel nak gi jalan2 naik apa, kat mana metro or
train station yang dekat. Maps memang wajib ada lah. Yang hardcopy and softcopy
sekali. Sekarang kan senang je nak download and save maps dalam smartphone or
tablet. Ada banyak apps boleh guna. Offmaps, mtrips, Lonely Planet etc.
Rajin-rajinkan diri mencari dan mendownload dan menginstall apps macam ni.
Wallet – Tak payah guna yang berambu ramba
ke berat ke yang carca merba ke apa. Try mudahkan diri sendiri. Guna yang ada 2
compartment pon cukup. Letak duit yang da diconvert tu. Duit RM beberapa keping
dan IC dan gambar simpan dalam bekas lain elok2. Simpan dalam beg yang selamat,
kalau bole lock sekali zip beg tu.
Handphone – Kalau guna prepaid, topup da
siap2 dari sini. Nanti nak sms senang, takpelah mahal sikit pon, janji maklumat
sampai. Simpan nombor telefon embassy , nombor2 lain yang boleh guna bila ada
emergency. Battery handphone kasi fully charged lah. Bawak charger, jangan
lupa.
Language – Nak pergi France, at least tau
la sebut Bonjour, Bonsoir, Merci, Au Revoir etc. Nak pergi Korea kena la tau
jugak Annyeonghaseyo, kamsahamnida etc. Perkataan yang basic je untuk
penggunaan seharian. Takdelah blur bila orang lain sebut kat kita. Bukan tau
eja je,sebutan tu kena tau sekali.hehe. Apps yang bole guna contohnya Lonely
Planet. Isy aku asyik promote Lonely Planet je, da tu memang best nak buat
camne.
Food & Beverages – Ikut selera perut,
ikut kemampuan, ikut kerajinan mencari tempat. As a muslim, mesti kena cari
yang halal. Zabihan.com pasti dapat membantu. Tapi kalau tak nak guna sangat duit
untuk cari makan kat tempat tu, bawak je banyak2 bekal. Makanan wajib kalau aku
travel mesti ade maggi, snickers, milo, air ribena, choc bar, energy bar etc.
Saja pilih yang memberi tenaga supaya sihat dan kuat! Tapi travel orang2 muda
dan single memang beza dengan yang berkeluarga, kena ikut la keperluan.
Serunding, tuna, roti pon sodapp..
Medicine – Panadol, Balm, Salonpas,
plaster, ubat semput ke pil cikiteon ke bawak la jugak untuk kegunaan saat2
kecemasan. Salonpas tu sedap tampal time2 lenguh, walaupun tak menyembuhkan
tapi dapat melegakan. Vitamin C, Kalsium magnesium ke apa2 supplement bawak lah
jugak. Tapi kalau bole minimumkan bekas,guna yang kecik dan cukup2 kuantiti
sepanjang kita travel je.
Penjagaan diri – Kalau pergi tempat sejuk,
moisturizer & lip balm sangat penting, tempat panas pulak sunblock tu
keperluan utama. Cleanser, berus gigi, sabun & segala toiletries tu depends
la,kalau cam stay kat hotel dapat la jugak kan,kalau tak kena angkut sendiri la.
Eh, wet tissue sangat penting jugaaa..macam patut letak awal2 tapi malas da nak
susun. Wet tissue untuk kat toilet yang takde paip, kalau ada botol kosong lagi
senang, masuk toilet isi air penuh2 lepastu guna. Lagi selesa. Tapi wet tissue
tetap kena ada, facial tissue pon kena simpan gak dalam beg.
Solat & Ibadat - Walau kemana pun kita pergi, solat jangan tinggal. Untuk perempuan, bawak lah telekung yg boleh gumpal2 yang muat isi dlm beg kecik tu,senang angkut mana2. Sejadah bawak yang nipis pon cukup,senang simpan & ringan. Sarung bantal pon boleh asalkan bersih. Kompas kiblat kena ada, yang kotak kecik kaler hijau tu RM10 je, banyak jual kat mane2. Takpon guna apps contohnya iPray, waktu solat sekali ada. Boleh jugak download siap2 waktu solat dari internet.
Lain2 yang penting jugak – Travel adapter,
kalau boleh beli all in one, pastu simpan elok2 jangan kasi sepah2 sebab memang
keperluan, jam tangan, camera, sunglasses, cap/hat, pashmina & socks kalau
sejuk, payung, raincoat, beg kecik boleh lipat2 sebagai spare, Tupperware lipat
sebab senang simpan dalam beg.
Da siap sedia sume, boleh la berlepas.. Eh tapi ni gambar masa nak berlepas pulang da..
p/s: Aku mungkin akan update ni from time to time sebab biasalah, aku pon tak ingat semua sekaligus.
No comments:
Post a Comment