Monday, August 12, 2013

Jalan - Jalan Istanbul. Part 1

Assalamualaikum

25 June 2013 - Selasa

Ye, Istanbul aku datang. Beli tiket cuma 2 weeks before travelling date tu. Sedih harga tiket agak mahal, tapi nak buat camne, nak pergi jugak punya pasal. Nak ikut kakak & abang Rizal, dapat la free accommodation & tak payah ada tourist guide. Hehe. Harga tiket MAS waktu tu RM3700. Kalau beli awal bole dapat sampai RM2700 sobsss.

Flight pukul 12.30am 26 June, so haritu ambil half day leave, balik awal daripada office, baru nak settlekan packing semua. Malam pukul 8.30pm gerak naik airport taxi. Sampai awal, takdelah terkejar-kejar sangat.

26 June 2013 - Rabu



My awesomest inflight experience! Seriously rasa berbaloi dengan harga tiket. Duduk kat business class, pastu dapat masuk duduk dalam cockpit mase takeoff & landing. Gile best! Tapi gambar tak boleh share. Hihi. Aku tetibe rasa macam nak tukar profession daripada engineer nak jadi pilot pulak. Macam cool je hahaha. It took about 10 hours to reach Istanbul Ataturk Airport. Alhamdulillah selamat sampai pukul 6.15am lebih kurang. (tapi kat airport situ nak ambil trolley pon kena bayar duhhh kedekut tul).

Aku pergi ni dengan kakak sulung, abang Rizal dengan Sofea, anak ketiga kakak yang baru 7 bulan waktu tu. Tahun lepas masa pergi Paris, kakak tengah pregnantkan si Sofea ni la. Kami tinggal kat Novotel Hotel, Zeytinburnu, Istanbul. Hotel ni dekat city center, tak terlalu dekat dengan Sultanahmet. Jadi kalau nak pergi area Sultanahmet tu kena naik coach yang hotel ni sediakan. Ok je sebenarnye, asalkan tau schedule coach tu, tunggu kat lobby pastu naik.

Fyi Sultanahmet ni la kawasan bersejarah yang terletaknya Blue Mosque, Hagia Sophia, Topkapi Palace, Basilica Cistern etc. Masa first time tengok Blue Mosque dengan Hagia Sophia tu, rasa excited sangat. Dah la aku masa beberapa hari before pergi tu siap2 study sikit dan tengok movie Fetih 1453, cerita pasal sejarah pembukaan kota Constantinople by Sultan Mehmet Al-Fatih. So sedikit sebanyak faham la jugak kisah dan sejarah kota Istanbul ni.

Blue Mosque. Ada 6 minarets.


Hagia Sophia (Aya Sophia)
Taman kat depan Hagia Sophia
Dalam Blue Mosque

Blue Mosque (Sultanahmet Mosque) asalnya kubah dan marmar semua daripada different shades of blue. Kat kawasan depan tu ada macam taman, tempat orang duduk2 ambil angin dan berhadapan je dengan Hagia Sophia (ataupon Aya Sophia.) Hagia Sophia ni dulu gereja, lepas Sultan Mehmet menakluki Constantinople, beliau tukar jadi masjid dan semasa zaman pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk pulak dia tukar jadi muzium. Tiket masuk muzium ni ialah 25lira. 1 lira tu lebih kurang 2 ringgit macam tu.

Masa kat blue mosque tu elok2 je masuk waktu Zohor. Lepas azan terus ambil wudhuk & solat sekali. Lepas tu lunch kat restoran dekat2 situ. Tersangatlah senang nak cari makan kat Istanbul, merata kedai roti & kebab. Negara Islam, senang cari makanan halal. Masjid pon senang sangat2 nak cari, jalan sikit ada masjid. Alhamdulillah.
Kebab ayam yang simple je. Takde gravy. Bawak sos cili paket siap2.

Masuk dalam Hagia Sophia, kalau weekend biasanya beratur panjang. Syukur haritu tengah minggu so tak ramai sangat orang. Kagum tau dengan senibina bangunan zaman dulu, semua kukuh, tegap berdiri sampai sekarang. Dalam tu kita boleh nampak tinggalan kesenian & ukiran daripada zaman Hagia Sophia tu jadi gereja dan masjid.



Ada construction sikit kat dalam tu.



Lepas tu kitorang jalan sikit sampai kat Basilica Cistern (Yerebatan Sarayi) ataupon the Sunken Palace. Tiket masuk 10lira. Tempat ni macam kota bawah tanah, ada kolam yang ada tersangat banyak ikan koi yang gemuk segemuknya.  Kat situ ada terletaknya dua kepala Medusa kat tiang yang hujung sekali. Medusa ni ada sejarah tersendiri yang menarik. Cepat google! :p

Seterusnya, kitorang jalan pergi kat Grand Bazaar. Untuk hari pertama ni, takde beli apa pon lagi. Sekadar nak ambil feel je dulu, scan tengok barang apa menarik untuk beli the next day.

Time pergi tu tengah summer, so siang panjang. Maghrib pukul 8.40pm camtu. Balik hotel, mandi, solat & rehat2 kumpul tenaga untuk hari esoknya.

Esok - Jalan-jalan sekitar bandar Istanbul

2 comments:

Anonymous said...

ok gak yer istanbul..

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)