Thursday, August 15, 2013

Jalan - Jalan Istanbul. Part 2

27 June 2013 - Khamis

Hari kedua ni special sikit sebab ada orang bawak jalan-jalan. Menarik sebab naik macam-macam jenis transportation: bas besar, bas kecik, train, ferry, boat, cable car. Merentasi dua benua: Asia & Eropah. Bosphorus Strait yang menghubungkan Black Sea dengan Sea of Marmara dekat Istanbul ni.

Pagi. Kena siap2 breakfast kat hotel dulu. Makan maggi je haha. Sebab nak lapik perut. Masa lunch & dinner baru melantak betul2. Kat sini kitorang tak tukar duit banyak sekali gus. Masa kat Malaysia convert RM to Euro, kat Istanbul baru convert Euro to Turkish Lira (TL). Banyak je money changer kat tepi2 jalan, tak perlu risau.

Sampai Sultanahmet, takkan lepaskan peluang ambil gambar dengan Blue Mosque. Hari-hari pon camtu. Hehe.


Mula-mula naik train, kitorang nak pergi kat bus station, then naik bas yang akan bawak pergi Pier Loti nak naik cable car untuk tengok pemandangan Istanbul dari atas bukit. Aku tak ingat berapa harga sebab da siap2 bayar 40TL sorang kat orang yang bawak jalan tu, included semua tickets & fees.





Pemandangan sebahagian Istanbul dari atas Pier Loti.
Ada cafe kat atas ni. Kitorang sempat minum apple tea (elma cay) panas2 kat sini.

Turkish icecream (Dondurma) pon adeeee. Seronok sangat bila tengok dia buat trick. Buat-buat aiskrim jatuh la pastu main loceng ting-ting la. Kat atas ni mahal sikit harga, 4TL satu cone. Kalau kat bandar tu bole dapat 1TL or 2TL je.

Lepas tu kitorang nak pergi MiniAturk, macam taman mini yang ada semua miniature binaan yang famous kat Turki. Nak naik feri tapi kena tunggu 45minit. Sebabkan malas nak buang masa tunggu lama, so kitorang naik bot kecik je untuk ke seberang. Dengan baby Sofea sekali naik bot. 

Bot yang macam ni tau tak. Seronok!

Sampai kat seberang, jalan kaki sikit je pastu sampai la kat MiniAturk.
Setiap orang dapat audio card. Scan je bar code kat tepi setiap miniature, boleh dengar explanation in english. Sangat convenient untuk pelancong. 

Cappadocia. Alaaa nak pergi. T___T

Saje nak bergambar dengan gadis Turki. 

Keluar dari MiniAturk, kitorang tunggu bas pulak untuk pergi kat Eminonu port, nak naik ferry pergi Asian side of Istanbul.

Dalam ferry. Banyak tingkat. Boleh duduk dalam, luar or atas. Aku duduk kat dalam sekejap, luar sekejap, atas sekejap.

Kat Asian side ni makanan lagi murah, barang2 lagi murah. Plan nak makan ayam golek, orang yang bawak jalan-jalan tu cakap ada satu restoran ayam golek yang sedap kat situ. Sekali tutup! frust menonggeng. So kitorang jalan dan jalan dan jalan je lagi kat kawasan situ pastu naik ferry balik masuk European side. Cari makan kat kawasan dekat2 Spice Bazaar pulak.

Ini perghhh terbaik! Ayam golek+roti+nasi Turkish style! Serious sedap. Restoran kat area Spice Bazaar.

Ayran (buttermilk) ni harus cuba. Rasa macam susu yang masam-masam tapi refreshing! Satu lagi tu jus delima. Masam, macam tak letak gula langsung. Kena try tau!

Ini antara spices kat dalam Spice Bazaar tu. Ada banyakkkk dan macam-macam sangat lagi tau. Tak reti aku pasal rempah2 ni. Tapi aku beli la jugak paprika, saffron & beberapa jenis tea.

Next entry- Topkapi Palace etc.

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)