Saturday, December 24, 2011

Our video: Ya Sudahlah :)


Apa pun yang terjadi, ku kan selalu ada untukmu,
Janganlah kau bersedih, Cause Everything's gonna be okay

Saturday, December 17, 2011

Running Man Hong Kong Special

Haa.. Sempena Running Man episod 72 & 73 yang buat kat Hong Kong tu, ni ha aku nak tempek gambar aku ngan Jackie Chan.hehe
 Jackie Chan sangat baik tau. Baik melayan peminat. ^_____^


Ni pulak gambar dengan kerabat raja UK.kott.haha tengok tu crown pon senget


Ha ingat tak kat Running Man tu ade tunjuk tempat ni.Masa Gaesy Brothers (Gary-Sukjin-Gwangsoo) kena naik Peak Tram untuk naik atas Victoria Peak.haa ni la tempat dia..
Ni kat atas Victoria Peak. kat kawasan sini la kitorang masuk Madame Tussauds tu. ni kat peak, memang view lawa gile waktu malam. Lampu2 dari buildings situ memang gempak. Pemandangan malam kat situ dipanggil 'Symphony of Lights'.

Hong Kong memang cantik waktu malam. Nak gi melancong pon kire takdelah mahal sangat.bole la kawan2 pegi lepas grad ye.heheh. Kalau nak baca cerita panjang pasal cuti2 HK tu, bole baca kat link bawah ni.
Jalan-jalan Hong Kong part 1, part 2,  part 3

Wednesday, December 7, 2011

Hari Jadian mereka...

Assalamualaikum

Walaupun tajuk cam pelik, tapi kire boleh difahami la kott..ye dak?

Hari ni 7 Dec, birthday Aisyah yg ke tuttt rahsia. Aisyah da tua miahahaha.
Tepat pukul 12 tgh malam, MEGI buat surprise untuk Aisyah, n double surprise untuk Zureen. Zureen plan nak celebrate bday Aisyah tapi tak sedar Megi da plan celebrate terus bday zureen skali. Happy Birthday in advance ye adik zureen.

Tahun ni banyakkkk celebrate birthday para MEGI. Semester terakhir kat UTP sama2 ngan geng2 lima tahun membesar melebar bersama dari foundation sampai final year. Tahun 2011 yg ada 3 semester ni, seolah-olah kami memang menetap & bermastautin kat UTP sebab cuti semester pon seminggu je.betapa sikitnye hari yang kami ada kat rumah masing-masing.huhu. Suka duka pahit manis banyak dikongsi bersama teman2 seperjuangan.wahhh ayat nak panjang je tapi tak puitis langsung.

Kalau ikut tahun 1989, Kak Long MEGI kite ni Anis la.lahir bulan Mac. Celebrate kat V5 cafe. Sorry eh kaklong, mase tu tak sempat nak prepare ape2 heheh


Kak Ngah MEGI pulak Nawal. Lahir awal2 April.Tapi tak celebrate birthday sama2.Nawal balik rumah agaknye.

Anak dara MEGI ketiga tertua dari golongan 1989, ehem ehem haku la. 23 April, celebrate kat KFC Taman Maju. Kek tulis HB CikMon. cik mon pon cik mon la, da bese.haha

Lepas tu ada lagi beberapa birthday bebudak MEGI bulan Mei & Jun, tapi sebab kekangan masa, waktu tu final exam la, ape la, tak sempat makan kek sama2.

Bulan Julai sambung balik gather2 ni. 1 Julai birthday Najat, MEGI gi makan sate Bota.




Birthday Ana sambut kat KFC Taman Maju jugak. Kek Secret Recipe boyfriend bertuah Ana belanja. Untungla.. MEGI untung dapat tumpang sekaki kekeke^^



Still kategori Julai lagi, bday Sya pulak. Gather kat tasik UTP, ingat nak pergi mapley je, skali terpergi Burger King Gopeng.Lepak sampai kul bape ntah.
 Ni ha alang2 sebut pasal Burger King. RM5 only. sajo jo tolong promote.takde komisen pongg

Bulan September ada bday Wani & Zopo, waktu tu macam nak celebrate tapi sebab musim puasa, raya, finals, tak sempat pulak. 

Oktober pulak, birthday Christine n Farhin. Bday Christine tu aku celebrate berdua je ngan kistin kat Secret Recipe. dating la kan skali sekale hahaha. Birthday Farhin kitorang sambut kat Mini ICity UTP (konon2). Masa Convofair ada banyak lampu2 kat tepi jalan n pokok2, so alang2 tu amek2 gambar dekat2 situ. Kek Secret Recipe jugak, tapi beli half je, yela save budget, asalkan sume orang happy n cukup makan kek haha



Disember ada 3 orang MEGI sambut bday, sorang lahir 1988, sorang 1989, sorang 1990. Zureen, Aisyah Najwa. Before ni mane pernah sempat sambut untuk December babies, ni baru first time. Sambutan ala kadar, kat dalam bilik birthday girl je, tapi meriah gile dengan sembang kencangnye. Kek sedap, blueberry cheese, ada air teh tarik lagi. balik bilik sume orang punye fikiran jadi berat. Pagi gi kelas Hybrid ramai la mengantuk kahkah



Tu la antara beberapa sambutan birthday MEGI tahun ni. Last sekali bday Najwa, tapi hujung tahun sangat. tengok la ye kalau sempat MEGI sambut hehe. Untuk beberapa orang yg tak sempat sambut sekali tu, sorry la ye, tak berkesempatan..Tak mungkin kitorang sengaja tinggalkan. Yang penting, kenangan bersama kalian pasti tersemat dalam hati.auwwwwww. jiwang la pulak tetibe. Sedih woo tinggal 40 hari je lagi ngan korang semua.




Wednesday, November 23, 2011

Kakak Adik




 Kakak gangster rambut maggi bulu mata lentik muka nakal ni - Amira

 Adik bulat yg sukeeeee senyum - Aliya

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday #5 - 18 y.o

Zaman Foundation @UTP - Jan-Dec 2007
*kena cover lah guna paint, sexy you~

Dulu kurus, nak memanjat n bergayut pon senang, tak banyak beban


 Dance Team..eceh..untuk Basic Dance & Movement I 

Backstage dgn partner - Shawn

Wednesday, November 9, 2011

Siapa kata raya kat Shah Alam tak meriah..

Meriah tau raya Aidiladha kat sini..
Lagi2 kat surau seksyen 9, Shah Alam. hehehe
Tahun ni sembelih 27 ekor lembu. Memang biasenye dalam 20 lebih ekor lembu tiap raya haji. Seronok tau, ramaiii orang tolong2 kat surau. RELA n BOMBA pon tolong jaga2 kawasan sekali.




Yang pegang pisau tu Abg Rizal. first abang ipar.Ikut jejak langkah baba jadi tukang sembelih sekali untuk raya haji kat sini. Tu baru lepas sembelih la tu



Ni mase tengah sembelih lembu.



Aku takde baju raya ponggg.huhu. pakai jubah hitam tudung hitam je la. Apehal cam selebet semua ni.haha. Hasya & Syahir kepenatan lama sangat dorang berdiri 


Potong tulang guna machine. Kena la guna teknologi yang ada untuk memudahkan kehidupan ye dok


Kaum ibu bertungkus lumus siapkan makanan untuk jamuan makan2 surau. Aku n adik beradik yang ramai perempuan ni nak je tolong tapi cam semua org da ada tugas masing2. So mampu tolong angkat dulang makanan n susun atas meja je la.Takde can nak tunjuk terer jadi menantu pilihan. LOL. menipunye 


Ada jugak persembahan dari warga Nigeria. Actually time ni aku tak turun surau pon lagi.


Ni masa lapah2 daging. Semua kerja buat serentak sebab nak kejar masa kan. 27 lembu nak kena siap sembelih sebelum Zohor. Semua orang pon berganding bahu. Inilah semangat kejiranan yang kita mahu! heho


Kaunter agihan. kena la ada kupon untuk redeem. Baru sistematik. Ecehh


Licinnnnn pinggan. Tak baik membazir. Lagipon lazat! Sehingga menjilat jari jemari


SALAM AIDILADHA. 
Jom Bertakbir & Bertahmid banyak2 :)

Saturday, October 29, 2011

Sunday, October 23, 2011

Tuesday, September 6, 2011

Lebaran yang melebarkan

Assalamualaikum

Walaupun tajuk 'melebarkan' tu macam boleh terbayang-bayangkan makanan, tapi harap maaf zahir batin lah sebab raya ni langsung takde ambil gambar makanan pon. Dok sempak. Takkan nak ambil gambar makanan yang da masuk dalam perut ataupun yang keluar dari badan? eeeeii cuba senonoh sikit :p


Raya pertama kat Shah Alam mama buat nasi arab. Siap full set pastu makanan ruji Aidilfitri macam ketupat rendang lemang pon mesti lah ada. Ketupat nasi tahun ni special sikit sebab masa Ramadhan tu casing dia kitorang adik beradik anyam sendiri (kecuali aku- dengan alasan nak jaga baby padahal da fed up dulu masa belajar buat kat mrsm bpj tu hasil tangan aku buruk sangat). First time tu ada kelas menganyam ketupat kat rumah, abang ipar yang ajar. Kalau tak memang kitorang semua 'buta anyam' lah. Tapi aku takde la ngelat sangat sebab aku yang masukkan beras dalam casing tuh. Beras kena letak separuh ataupun lebih sikit daripada separuh, kalau kurang nanti lembik- ingat ye rakan taulan.


Raya kedua sampai keempat pulak gerak balik kampung, kat Kuala Terengganu. Yang paling best kalau bab balik kampung ialah makanan lah ape lagi. Setiap rumah masak sedap, macam2 jenis, feeling dia memang indescribable ecehh over. Masuk rumah sape2 memang kena paksa makan. Takpelah sebab sedap. Breakfast dah makan berat, nasi minyak/ nasi dagang/ nasi lemak pastu keropok lekor jugak. Lunch n dinner apetah lagi.


Raya kelima dah balik UTP. tapi frust sangat takde makanan, cafe belum bukak, yang bukak pon penuh ngan foreigner je. beza nyee sekolah dengan rumah...


Kesimpulannya meh la tengok sikit gambar raya ni kekeke nak jugakk.

 Ni baba & mama. Sedondon berkelabu (?)

 Ni kakak sulung. Ibu beranak dua hehe

 Ni Auni, kakak atas aku. baru kerja so yeayyy dapat duit raya!

Ni Syahir, anak kakak sulung baru 3 tahun. Kejap mengaku Ben-10 kejap mengaku BoboiBoy tapi mintak jugak susu botol.

Ni Nana & Kaksai with her baby, Batrisyia, belum setahun lagi

Tak lengkap. Abang, isteri & 2 anak da balik beraya awal sikit. Pic was taken right before bertolak balik kampung.