Tuesday, August 30, 2011

Apa nak kena siapkan sebelum balik kampung?

Salam Aidilfitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Mesti ramai da balik kampung awal2 kan. Tahun ni aku raya kt shah alam je. raya ke-2 baru balik kampung kat kuala terengganu. itu pon balik 3 hari je. dulu masa kecik2, excited sangat kalau nak balik kampung, bile da masuk remaja, kononnya darah muda membuak-buak mula la cam memberontak sikit rasa tak nak ikot balik kampung lagi rela duduk tak buat pape kat rumah, malas nak jumpa orang.tapi sekarang, da 20-an neh da makin stabil, balik kampung pon ok, tak balik pon boleh terima. Cuma masih mengharapkan duit raya je hehehe


Jadi, apa persiapan sebelum aku & keluarga balik kampung?
Tahun ni balik 3 kereta.Yela sebab adik beradik ramai, semua besar2 so nak duduk pon takmau berhimpit. nak gerak mana2 pon senang.


1. Kereta yang nak guna tu kena pastikan da servis, da check the condition, selamat ke tak nak bawak jalan jauh.

2. Handphone pon jangan lupa charge kasi full. in case pape jadi, senang nak contact sape2. takpon orang lain senang nak contact kita.

3. Buat list barang nak bawak balik. Takyah la main sumbat je.Jangan bawak unnecessary things nanti berat,kereta lagi guna banyak minyak.kan da membazir

4. Kat rumah tu kena pastikan bilik da kunci, simpan barang berharga kat tempat selamat, bagitau jiran2 kita nak balik kampung bila, sambil2 tu jiran boleh tengok2kan rumah.

5. Isi minyak kereta, prepare & reload touch n go card n smart tag tu kalau guna. Better guna lah. sebab memang banyak membantu

6. Rancang perjalanan dengan bijak, tau jalan mana nak guna, tau nanti nak tidur kat mana, pastikan tidur yang mencukupi. sediakan bekal air dalam kereta.

7. Sebelum mulakan perjalanan, buat solat sunat musafir dan jangan lupa baca doa naik kenderaan. Doa lah supaya perjalanan kita selamat,pergi dan pulang.


Ok buat sampai 7 je sebab afdal hehe. Untuk yang solat musafir tu, aku sendiri tak pernah buat lagi. Biasanya baba yang solat musafir. Tapi insyaAllah aku akan try buat jugak nanti.
Salam Aidilfitri.


Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh;

Friday, August 26, 2011

Bila ujian melanda, kita kena lah sabar dan tabah

Ujian = Test
sama lah tu kan.


Jadi student ni memang tak pernah lekang dengan tests & exams kan. Normal lah tu. kalau cakap dengan parents or kakak2, nanti dorang jawab lebih kurang macam "been there, done that". haihh tak boleh nak mintak simpati langsung T___T


Minggu ni memang hectic. 4 tests in 4 consecutive days. Tambah lagi dengan report FYP1 and FANDE final report. dengan dekat2 cuti raya ni hari2 tengok member lain dok tarik beg nak balik rumah. roommate pon da happy2 balik awal. mencabar kesabaran sikit. blok da makin kosong tapi kami budak2 material ni kena struggle lagi menelaah.


Ini bukan nak mengadu pasal kerja ke apa, cuma nak cerita pasal kekecewaan diri sendiri pasal masa je.


Isnin lepas ada test Engineering in Society (EIS). Paper tu hurmm syukur la dapat jugak jawab sebab soalan repeated from last year's and struggled hari sebelum tu seharian baca text book.da macam novel pulak. Selasa ada test Energy Conversion & Management (ECM) yang macam tutttt. Aduhai kenapa la subject ni yang jadi compulsory waktu saat2 final year yang critical ni? Paling lemah la benda2 alah thermodynamics ngan heat transfer ni sobsobsob why ECM why??? Lepas tu rabu ada test Advanced Polymer, Ceramic and Composites. soalan last tu takleh jawab sebab serious tak ingat equation dia.aiyoo ape nak jadi la.


Yang paling buat jiwa kacau bila nak settlekan report. I put my great effort tau nak siapkan Interim Report FYP. memang buat non stop la sampaikan terlambat bukak puasa sebab khusyu' sangat karang ayat. da buat semangat2 sampai siap, sekali budak2 yang sama supervisor dok pakat nak ramai2 hantar lepas raya. arghh kalau tau awal2 takde la aku spend banyak masa kat report tu.baik la study untuk test Fande esoknye. lepas tu pasal Fande final report pulak. nak tunggu masing2 siapkan part sendiri, pastu nak compile and kasi tally lagi, it took me quite a lot of time. Masa ohh masa, sesungguhnya kau memang berharga!


Lepas dah siapkan report, lebih kurang 1 pagi tu baru la nak start study untuk test Failure Analysis & Non-Destructive Examination (Fande). Tengok satu topic, alamak 71 slides. konon2 terpaksa lah bersengkang mata untuk study. tapi hampeh, kul2 pagi tu da kecundang tido sebab ngantuk ter-amat-sangat. ingat nak bangun sahur tu sambung la study sampai pagi, da siap set alarm kat 2 handphones. lagi sekali kehampehan melanda, aku terlepas sahur, tak dengar langsung bunyi alarm from both handphones. Yang paling menyayat hati, aku terbangun tu dah nak dekat kul10pagi. Test pulak pukul 11 pagi and aku sememangnya tak study lagi. Memang gelabah macam orang gila la, nak mandi n siap2 la, nak qada' solat subuh la, nak study lagi la. Waktu tu tak tau nak buat reaction macam mana. marah sangat kat diri sendiri. Test Fande tu of course la tak dapat jawab. walaupon nampak kertas macam penuh dengan tulisan n gambar, tapi tu semua bantaian dan tembakan padu. Soalan tanya pasal Radiography Testing, aku pi bantai jawab pasal Ultrasonic Testing. mak aihh masa jawab tu pon da tau salahhh.


Pengajarannya sila lah susun masa dengan tersangat cermat sebab masa sangatlah mahal, lebih mahal daripada emas dan tak boleh patah balik.


Petang bila balik rumah, da rasa lega. happy. seronok. Bila masa nak tolong kat dapur, tangan ni pulak terkena percikan minyak panas yang besar masa aku goreng popia. Tompokan minyak yang banyak kena kat tangan ni. Cepat2 sapu minyak nak bagi tak nampak kesan. Alahai nak raya ni harapnya tangan takdelah menunjukkan kecacatan. Dugaan...


Semua ni mungkin dikatakan dugaan dan ujian di bulan Ramadhan yang Allah bagi kat kita untuk tengok sejauh mana kesabaran kita mengharungi dugaan tu. Harapnya aku tergolong dalam orang2 yang sabar dan tabah dan hidup dalam keredhaan Allah.
Semoga kalian juga begitu. Amin...

Wednesday, August 17, 2011

Salam Perantauan

Salam Perantauan daripada MeGi dari tanah gersang Tronoh
Kepada ibu bapa, saudara-mara, rakan taulan dan sahabat handai yang jauh di mata dekat di hati
Tidak lupa juga kepada papa Mara & papa Petronas yang tidak jemu menghulurkan duit belanja
Jangan lupa sumbangkanlah juga duit raya di pagi Aidilfitri nanti.








17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432H, Nuzul Quran. Marilah kita mempertingkatkan lagi amalan kita dengan penuh ketaqwaan dan tulus ikhlas kita kepada Allah Subhanahu Wataala lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mubarak ini, dengan mengerjakan segala suruhanNya dan menjauhi diri kita dari segala apa jua yang dilarang. Semoga kita mendapat Inayah dan Hidayah dari Allah Subhanahu Wataala jua di dunia dan di akhirat.

Salam Ramadhan;

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #4 - 16 tahun yang lalu...




budak 6 tahun...
tarikh lahir '95? padahal '89. perasan muda la tu.

Monday, August 1, 2011

Scam situ Scam sini Part 2

Scam lagi.
Sebelum ni macam ni.

Kali ni pulak konon2 dari Hafidat Rashid (ap401@jaguar1.usouthal.edu )


Apa kabar,SALAM,my name is Hafidat Abd Rashid,i am presently in Uk, My father is
from (sabah) Malaysia and my mum from UK,i will be coming to Malaysia for
my Vacation soon.i want us to be close before i come to Malaysia so that
you can show me around Malaysia when i visit.please feel free to write me
,so we can get to know our self more. hope to hear from you,, my email is
hafidatrashid@hotmail.co.uk


Siap bagi 'Salam' lagi. Kat bawah email tu ada siap attach gambar. Gambar sexy budget hot.

Lepas dapat email ni pagi tadi, aku terus google & sampai la kat blog Mazidul Akmal (999).

Dia dapat email yang sama sebijik tapi nama je lain- Laila Mohd Faisal. Dia tulis semua conversation dia dengan 'Laila' dalam blog, dari Expose 1- Expose 13. Haha memang padan muka la 'Laila' si lelaki Nigeria tu, harap2 da kena tangkap.


Sindiket penipuan dari orang Nigeria ni da banyak kali gak aku tengok kat tv. Diorang menyamar konon2 dari negara lain nak datang melawat Malaysia, tak pon menyamar pastu goda2 guna ayat berbunga-bunga sampai la ada orang terpikat, bercintan-cintun pastu mula mintak transfer duit ribu-ribu. Bila ada orang agak pendek akal gi transfer duit, mamat Nigeria tu terus hilangkan diri, lost contact. Jadi la patah hati, duit pon lesap.


So kawan2, kalau dapat email pelik2, konon2 orang minta tolong bawak jalan2 ke, ambilkan barang ke, jangan sesekali layan. Lagi2 kalau da sampai mintak duit. Jangan terpedaya.


Sekarang da macam-macam jenis cara orang nak menipu. Jadi kita semua kena lah lebih berhati-hati. Semoga Allah melindungi kita semua.