tapi itulah hakikatnya,kerinduanku sudah terlerai...
rindu pada siapa? hihi...tentulah kepada sahabat2 lama yang jauh di mata dekat di hati..
rakan2 rapatku semasa di sekolah dahulu..ketika sama2 menjadi BWP di mrsm batu pahat..merekalah antara teman yang paling akrab denganku semasa menjalankan tugas..
bertugas bersama,belajar bersama,bermain bersama,bersembang,makan2,melepak sampai tengah malam juga bersama...
aduhai~rindunya zaman persekolahan dahulu...
(iklan sekejap)
tapi,kenapa entry kali ini saya menulis menggunakan bahasa baku dan ejaan yang betul?
1) sebab saya sudah lama tidak menulis dengan menggunakan bahasa yang betul
2) mahu berlatih tulis karangan semula
3) sempena bulan kemerdekaan ini (bulan ogos) maka demi menunjukkan rasa cinta saya kepada negara,saya ingin menghormati bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan negara ini... :p
**tapi saya tak janji saya akan tulis dengan bahasa baku dan ejaan penuh untuk entry2 seterusnya..semuanya bergantung kepada kerajinan tangan untuk menaip..harap maaf
(iklan sudah tamat) kembali ke tajuk asal..
saya sangat gembira hari ini kerana saya telah bertemu kembali rakan2 bwp saya siang tadi..mereka ialah.....jeng jeng jeng...
Ammar kini sedang melanjutkan pelajarannya di Moscow,Rusia dan Athirah pula baru sahaja memasuki Taylor's College untuk mengambil A-level.sebenarnya tira adalah junior kami di sekolah,dia baru 18tahun bermakna kami adalah kakak dan abang kepada beliau..walaupun berbeza umur kami tetap rapat dan melayan tira seperti kawan yang sebaya kerana sejak kami tingkatan 4 dan ketika itu tira masih tingkatan 2,kami sudah bekerja bersama.
pertemuan saya dan ammar memang telah dirancang sejak awal cuti lagi..tak sangka pula kami boleh berjumpa dengan tira juga kerana kami berdua sudah agak lama tidak menghubungi tira.lagipun tira telah menukar nombornya..kebetulan pula amar baru ada nombor baru tira..jadi saya terus mengajaknya jumpa sekali..tapi kesian tira,terpaksa ponteng satu kelas semata-mata mahu berjumpa kami..haha..nasib laa tira..kalau tak ponteng,tak sempat la nak jumpe kan..
semuanya datang dari destinasi berlainan dan semuanya memandu sendiri ke sunway pyramid..tak sangka tira yang kecil dahulunya sudah besar dan kelihatan lebih matang..dulu kami bwp semua memanggilnya budak hingusan.heheh..ammar pula semakin berisi sejak pulang ke malaysia,yelaa siapa akan menolak bila dijamu dengan masakan ibu setelah sekian lama makan makanan bujang..huhu..saya pula,macam biasa la sedikit berisi daripada dulu.cuma tadi saya memakai 'mask' untuk mengelak sebarang jangkitan flu.nampaknya di sunway pyramid tadi hanya saya seorang yang memakai mask,dan banyak juga mata yang memandang seolah-olah menganggap saya yang telah diserang h1n1..
pic: 4 gadis bwp-> min & tira (berdiri), farah & aisyah (duduk) bersama mr.president Arif Haflahpic: 4dara pingitan,aisyah+min+tira+farah
pic: min n tira @ sunway pyramid
banyak yang kami sembangkan,antaranya tentang kenangan zaman sekolah.ammar masih ingat lagi perbuatan2 saya dulu seperti selalu sendawa di telinganya,bercakap dengan suara kuat,dan makan laju2..isy3 teruknya perangai anak dara ni..sekarang saya da tak buat semua itu sebab tak berani buat dekat orang lain selain ammar..hahah.tira pun banyak bercerita tentang pengalamannya setelah tamat persekolahan..dan perkara yang saya tak banyak benda boleh diceritakan tentulah tentang teman lelaki...ammar sudah lama berpunya,sejak tingkatan5 ketika kami sama2 menyertai Tunas Saintis,ammar berkenalan dengan hanis dari mrsm beseri,dan hubungan mereka kekal sehingga sekarang.semoga jodoh mereka berpanjangan dan saya sudah tempah awal2 untuk jadi pengapit mereka.. :) Tira juga sudah ada teman istimewa,mereka berkawan sejak tira belajar di mrsm langkawi.. saya jugalah yang masih begini..tak apalah,sebab memang saya tak mahu fikir lagi benda2 begini buat masa ini...belum berkeinginan..huhupic: min n tira @ sunway pyramid
walaupun sekejap sahaja pertemuan kami bertiga (saya & ammar jumpa lama sikit sebab tujuan keluar memang untuk kami berjumpa),tapi hati saya sudah cukup bersyukur kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu sahabat2 kesayangan saya..alhamdulillah..
ammar akan pulang ke moscow lagi 2minggu dan tira pula selalu sibuk..jika saya tidak mendapat cuti h1n1 ini mungkin tidak ada peluang berjumpa mereka buat masa ini..
sejak petang tadi saya mula teingat kenangan2 semasa menjadi bwp bersama-sama mereka..ada suka ada juga duka..menjadi salah seorang ahli Badan Wakil Pelajar memerlukan kesabaran yang tinggi dan semangat kerjasama yang kuat..ramai yang menyokong dan ada juga yang membenci..saya sangat bersyukur kerana semangat kerjasama daripada semua 14orang itu sangat kuat..walaupun kami hanya pemimpin untuk taraf pelajar sekolah menengah,tapi pengalaman yang kami perolehi ketika itu sangat berharga.. ramai juga yang bertanya,mengapa ketika di sekolah saya aktif menyertai macam2 tetapi di utp tidak?sebenarnya itu semua kerana saya mengalami depression setelah mendapat keputusan spm yg bukan seperti yang diidamkan... :'( Ada juga sebab tertentu tapi biarlah rahsia...
saya sudah mula memanjaaaaaaaaaangkan ceritaaaa...
kesimpulannya,kerinduan saya sudah terlerai.walaupun belum berkumpul semula 14orang teman seperjuangan itu,saya tetap berpuas hati kerana dapat berjumpa 2orang daripadanya..lain kali bila ada rezeki mungkin saya dapat bertemu dengan yang lainnya pula..
1 comment:
bestnye jumpe kwn2 lame....
sronok ahh tuh minn..heehe
Post a Comment