23 May 2012 - Rabu
MH20, KUL-CDG
8.30 malam gerak dari rumah naik 2 kereta sebab barang banyak & beg gabak2. Kakak, Abg Rizal, Hasya & Syahir naik kereta dengan mama & baba, aku naik kereta dengan abang. Sampai KLIA tu lepas check in, Hasya & Syahir tukar seluar tidur kasi selesa sikit sebab flight 12 jam. Take-off at 12am, distance 10700km. Dalam flight tu biasalah, tidur & tengok movie & makan. Aku tidur lamaaaaaa
Dalam aerotrain KLIA
24 May 2012 - Bonjour Paris!
Arrived at Charles De Gaulle (CDG) Airport, France at 6.27am.
We planned to take a bath and change our clothes at the toilet since we cannot check into the hotel before noon but the shuttle driver asked us to hurry up siap masuk dalam ladies toilet lagi bising2. Menyirap betul padahal janji dengan driver tu pukul 8am tapi baru 7lebih waktu tu. Tak sempat mandi pon T__T
Naik shuttle ni sampai Appart Hotel, Serris. Letak luggage dulu dalam stor hotel tu lepas tu keluar jalan2 dulu tak mandi huhu. Hotel tu dekat sangat dengan Val De Europe & La Valle Village. Cuaca pagi tu sejuk lebih kurang 14-16C kot. Val De Europe shopping center ni kat Marne La Valle, about 8 mins walk from our hotel.
Paul.
Dekat situ ade La Valle Village, Chic Outlet Shopping, factory outlet yang jual barang branded yang da out season dengan harga yang lebih rendah. Ala macam JPO tu tapi tu under Premium Outlets, ni under Chic Outlet Shopping. Sebabkan badan pon masih letih2 so tak lama sangat pon kat situ. Takpe, hari ke-4 nanti pergi situ lagi.
Da jam 12tengahari, kami balik hotel untuk check-in & rehat2. Kitorang ni kan berlima, ada 2 budak so ambil bilik untuk 3 adults. Kat sana tak bole sumbat2 orang dalam bilik sesuka hati. Nanti tak pasal kena add another room pulak.
Sambil lepak2 dalam bilik hilangkan letih baru sampai tu, aku tengok tv sambil guna internet. Nasib la wifi free. Tapi channel kat tv semua pon bahasa sana, takde pon yang in English. Memang pasang tv setakat nak ade bunyi & gambar jela, tak faham pon.
Time aku pergi tu kira late spring,early summer camtu. Pagi & malam je sejuk sikit tapi macam air-cond je,siang panas terik. Tapi siang panjang, pukul 9.35pm baru maghrib. So time macam tu sedap la nak jalan, tak rushing sangat untuk bersolat kan. Da siap mandi, solat semua, kami keluar pulak nak naik train pergi Disney Village. Train station pon dekat je dengan hotel. Kira strategic jugak la kawasan tu.
Train station kat sana tak cantik sangat sebab da lama kot. tak nampak canggih tapi ok je sebab laju. Harga dari Val de Europe ke Disneyland Parc tu 1.75 euro. RER train 2 tingkat. Sampai Disney Village terus batak sebab ye lah, bangunan cantik menarik tertarik sgt colourful & meriah. Terus muncul sifat kebudakan dalam diri ecehh.padahal esoknya baru nak masuk main dalam Disneyland Park.
1 comment:
salam.. boleh x i nk tahu hotel2 yang u duduk kat paris ni? seems veri convenient. thanks in advance. -maliniej@gmail.com
Post a Comment